KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.
Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, dua PPS di Segamat dan satu di Batu Pahat ditutup petang tadi, menjadikan jumlah mangsa banjir malam ini sebanyak 168 orang berbanding 229 orang pada sebelah petang.
“Semua mangsa banjir negeri ini yang terdiri daripada 48 keluarga berada di Segamat dan ditempatkan di lima PPS di daerah itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kelantan juga merekodkan penurunan mangsa selepas sebuah PPS di Tumpat ditutup, menjadikan jumlah mereka yang masih terkesan dengan bencana itu malam ini ialah 111 orang berbanding 240 orang yang direkodkan petang tadi.
Portal Info Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan dua PPS masih beroperasi di negeri itu, iaitu di Tumpat yang menempatkan 68 mangsa daripada 36 keluarga, manakala PPS di Pasir Mas dihuni 43 mangsa daripada 12 keluarga.
Sementara itu, di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan banjir di Manjung pulih selepas PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu 4 ditutup setelah lima mangsa terakhir di situ pulang ke rumah masing-masing pada 5.30 petang.
Perkembangan itu menjadikan jumlah mangsa malam ini berkurangan kepada 116 orang dengan 82 orang daripada 28 keluarga berada di dua PPS di Kinta manakala 34 orang daripada 11 keluarga menghuni sebuah PPS di Perak Tengah.
Situasi banjir di Melaka juga hampir pulih, apabila hanya 11 mangsa masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat, Jasin malam ini, berkurangan daripada 17 mangsa yang direkodkan petang tadi, selepas PPS SK Parit Penghulu, juga di Jasin ditutup lewat petang tadi.
Di Kedah, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, jumlah mangsa banjir ialah 254 orang daripada 64 keluarga berbanding 255 orang daripada 65 keluarga petang tadi dengan kesemua mereka ditempatkan di PPS SK Sri Gunung, Kota Setar.-BERNAMA
SEPANG: Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo di sini kira-kira 4.30 petang tadi.
Pesawat yang disewa khas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, Pakistan pada 5.30 pagi (waktu Pakistan) dan melibatkan perjalanan sejauh 4,437 kilometer.
Penerbangan pesawat kargo itu antara lain membawa barangan sebanyak 40 tan meliputi selimut, khemah keluarga, beg tidur, jaket keselamatan dan tikar bagi mangsa banjir di seluruh negara.
Inisiatif berkenaan susulan hasrat yang dizahirkan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif bagi menghantar sumbangan untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir sebagai tanda solidariti dan kebersamaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dizahirkan rakan sejawatnya menerusi perbualan telefon pada petang 30 November lepas dan Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Ahsan Raza Shah berkata, langkah itu sebagai respons kepada bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia dan bantuan berkenaan mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara.
“Sebaik sahaja Perdana Menteri Pakistan mengetahui tentang banjir yang menjejaskan enam atau tujuh negeri, dan terdapat banyak kerosakan, harta benda dan nyawa, beliau bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim … bukan hanya untuk menyampaikan simpati dan dukungan kerajaan dan rakyat Pakistan, tetapi juga berhasrat untuk mengambil bahagian dalam sokongan ini.
“(Bantuan kemanusiaan) ini ialah refleksi dan manisfetasi (keprihatinan Pakistan), sumbangan ini tanda sokongan kecil kami kepada saudara di Malaysia, untuk membantu kerajaan Malaysia dalam usaha bantuan kepada negeri-negeri yang terjejas sehingga mengalami banyak kerugian,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas pesawat khas yang membawa bekalan bantuan itu mendarat di sini.
Beliau turut mengucapkan penghargaan atas kerjasama daripada agensi Malaysia, terutamanya Wisma Putra dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atas sokongan tidak berbelah bahagi dan dedikasi mereka yang membolehkan bantuan ini disampaikan tepat pada masanya.
“Sudah tentu setiap kali perkara sebegini berlaku di Pakistan, bencana alam (dan sebagainya), kami sentiasa menerima bantuan daripada saudara di Malaysia. Hari ini ialah bantuan kecil kami yang mencerminkan hubungan erat antara dua negara dan berterima kasih atas sokongan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Meor Ismail Meor Akim berkata jumlah sumbangan yang diterima dari Pakistan adalah sebanyak 80 tan dan pesawat kargo yang akan membawa sumbangan peringkat kedua akan tiba di negara pada 11 Dis dengan muatan 40 tan (barangan sama).
Beliau berkata NADMA telah membuat persediaan rapi bagi menerima sumbangan terbabit dengan kerjasama National Disaster Management Authority (Pakistan) bersama agensi kerajaan lain antaranya Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia.
Ditanya mengenai kaedah pengagihan sumbangan itu, beliau berkata perkara itu akan diputuskan kelak selepas mesyuarat koordinasi diadakan.
“Hal itu belum diputuskan lagi, sebenarnya negara belum habis (bencana), baru mula. Kita jangka ada lebih lagi episod bencana berlaku, kita akan tengok keadaan nanti. Buat masa ini, kesemua barangan ini akan ditempatkan di depoh simpanan sebelum diagihkan kepada mangsa bencana,” katanya.-BERNAMA
PETALING JAYA: Several states in Peninsular Malaysia as well as the Federal Territories and Sarawak, are expected to experience thunderstorms, heavy rain and strong winds on Sunday (Dec 8) evening.
The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia), in a statement on Sunday, announced that thunderstorms, heavy rain and strong winds are expected over the states of Perak (Kerian, Larut, Matang and Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk and Hilir Perak); Pahang (Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan and Rompin); Selangor, Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya; Negri Sembilan; Melaka and Johor.
The warning is in effect until 7pm on Dec 8.
KUALA LUMPUR: The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has advised the public to remain calm and not to panic over the impending second wave of floods.
MetMalaysia director-general Dr Mohd Hisham Mohd Anip said based on the latest information, the monsoon surge expected between Dec 8 and 14 would not be as severe as the previous one.
"According to the latest information, this surge is not as strong as the previous one. Heavy rain is expected, but it will not be as intense as during the previous episode.
"MetMalaysia does not foresee this surge bringing unusually heavy rainfall. Therefore, the public need not be overly worried, but flooding will occur if water accumulates," he said.
Meanwhile, a meteorology expert at Universiti Malaya's National Antarctic Research Center and the Institute of Ocean and Earth Sciences, Professor Datuk Dr Azizan Abu Samah said rivers in several states should be monitored to determine if they are reaching dangerous levels.
He said based on current flood information, Sungai Muar in Johor and Sungai Golok in Kelantan, as well as Sungai Daro in Mukah, Sarawak, were at dangerous levels.
"Today's update forecasts winds at 32 kilometres per hour and rainfall of 6.7 millimetres with three hourly average precipitation (HPA). Heavy rain is expected to start at 6am on Dec 9, with a maximum intensity of 40 mm over 3 HPA.
"If the rainfall exceeds 20 mm, it will be considered heavy. This heavy rain is expected to continue until 4on on Dec 10," he said.
"If this forecast is accurate, the risk of flooding will not only affect Kelantan but also the southern parts of Terengganu, Pahang, and Johor. Fortunately, this is not expected to coincide with high tides, so the river water can flow out to the sea," he added.
When asked if the situation would be as severe as the floods from Nov 27 to 30, he said that it could not be predicted with certainty but needed to be closely monitored.
"The public, especially those in the affected states, must stay alert and cautious. People in low-lying areas should pay attention to warnings from authorities such as the Department of Irrigation and Drainage and the National Disaster Management Agency," he said.
ALOR SETAR: Keputusan meneruskan jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuat selepas mengambil kira tahap kesiapsiagaan semua pihak terbabit dalam menghadapi bencana banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Mac tahun depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ia termasuk soal menjaga kebajikan calon SPM supaya dapat menduduki peperiksaan dengan selamat.
Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mengaktifkan Op Payung bagi menangani semua isu berkaitan persekolahan, peperiksaan dan banjir.
“Kita berdoa supaya tidak berlaku perkara tidak diingini dan saya tegaskan bahawa Op Payung diaktifkan.
“Ini bermakna persiapan kita ini bukan sahaja soal keselamatan, kebajikan tetapi secara keseluruhan termasuk peperiksaan SPM itu.
“Kita sudah bersedia melaksanakannya dari hari pertama peperiksaan tempoh hari.
“Ujian itu akan terus kita pastikan dan pantau dengan ketat untuk memastikan anak kita dapat menghadapi peperiksaan dengan selamat dan Op Payung bersedia setiap masa,” katanya.
Beliau ditemui selepas meninjau sekolah terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong di sini, hari ini
Fadhlina berkata, semua jentera termasuk di peringkat agensi KPM bersedia menggerakkan Op Payung pada bila-bila masa.
“Kita bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan dan semua pegawai semua jentera peringkat agensi bersedia.
“Insya-Allah kita mengharapkan sesi ini dapat berlangsung dengan baik selepas ini.
“Kita juga membuat persiapan sekiranya gelombang kedua, ketiga sebagaimana dipersiapkan minda dan emosi kita oleh pihak METMalaysia untuk berhadapan gelombang selanjutnya,” katanya.
Calon SPM di seluruh negara akan memulakan ujian amali Sains esok sehingga 12 Disember ini sebelum ujian bertulis pada Januari depan.
METMalaysia meramalkan lima hingga tujuh gelombang hujan lebat membadai seluruh negara sepanjang MTL sehingga Mac tahun depan.