HULU LANGAT: Kerajaan Negeri Selangor akan mendapatkan beberapa pakar dalam pelbagai aspek, termasuk perundangan, bagi merangka polisi baharu khusus untuk mengelak kejadian seumpama kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lepas, berulang.
Ringkasan AI
- Selangor menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi merangka langkah pencegahan jangka panjang, termasuk cadangan perundangan baharu seperti undang-undang kecil, syarat OSC, enakmen atau akta, bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
- Jawatankuasa ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak, termasuk kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, Petronas dan agensi teknikal seperti PDRM dan JKKP, yang telah melengkapkan siasatan teknikal pada 26 Jun 2025.
- Insiden 1 April 2025 menyebabkan kerosakan besar kepada 219 rumah, dengan 81 rumah musnah sepenuhnya dan 81 lagi separa musnah; laporan siasatan mengenal pasti faktor tanah lemah sebagai punca utama, bukan unsur sabotaj atau kecuaian.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia merupakan proses pembelajaran dan tindakan susulan yang perlu diambil susulan insiden berkenaan.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis bersedia membuka semula siasatan pada bila-bila masa sekiranya menerima sebarang keterangan baharu berkaitan insiden letupan saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, 1 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
"Siasatan dijalankan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau sabotaj, jadi kita klasifikasikan kes itu sebagai NFA.
"Sekiranya ada bukti ataupun keterangan baru yang boleh membantu pihak polis, kita akan buka semula siasatan itu," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.
Hussein berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk menyalurkannya ke pihak polis.
Polis sebelum ini mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada paip gas dan mencetuskan letupan dalam insiden di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.
Hussein berkata, rumusan berkenaan diperoleh hasil siasatan teknikal yang dilakukan susulan insiden letupan saluran paip gas bawah tanah itu.
Jelas beliau, pembinaan lot kedai pejabat dan penggantian paip pembentung di kawasan kejadian mengikut garis panduan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Petronas.
KUALA LUMPUR: Petronas Gas Berhad (PetGas) has pledged concrete safety enhancements and closer public engagement following the release of official findings into the April 1 pipeline explosion in Putra Heights.
The company said it has deployed substantial resources to safeguard public safety and maintain uninterrupted gas supply, while pledging full transparency and continued cooperation with the Special Taskforce and other relevant authorities.
"We fully recognise the public concerns surrounding the safety of the pipeline system, especially with the continuity of gas flow through the network," the company said in a statement today.
The peninsular gas utilisation system, a backbone of Malaysia's energy infrastructure, is now undergoing enhanced safety scrutiny, with PetGas highlighting its built-in resilience features developed over more than three decades of operations.
"Our systems and people are working continuously to ensure secure and reliable gas delivery to homes, industries, and the nation's power sector," it added.
PetGas said it is prioritising long-term safety upgrades and community support in Putra Heights, although it did not elaborate on specific remedial actions.
With over 30 years of experience in gas infrastructure and utilities, PetGas operates four integrated businesses, namely gas processing, transportation, regasification and utilities.
JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik tanah yang menyewakan tapak kepada lima premis kilang tidak berlesen di Jalan Cenderai, Taman Kota Puteri, Masai, terbabit kebakaran besar akhir bulan lalu.
Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata pihaknya dan beberapa agensi berkaitan telah mengenal pasti pelanggaran terhadap undang-undang tanah, alam sekitar, keselamatan, pelesenan dan pengurusan sisa.
Tanah 1,000 meter persegi itu disewakan kepada lima premis tidak berlesen. "Hanya satu kilang di situ, iaitu kilang penyimpanan minyak sawit memiliki yang ada lesen.
"Lima kilang ini menyewa dengan pemilik tanah. Kawasan premis kilang ini tiada pelan dan bangunan sementara yang ada cuma kabin dan bangsal. Semua premis walaupun sementara kena mohon pelan dan perlu berlesen," katanya dalam sidang media di Menara MBJB, hari ini.
MBJB melakukan tindakan awal dengan membantu membina kolam takungan dalam kawasan kebakaran bagi menampung minyak daripada memasuki longkang sekitar lokasi.
Pada 21 Jun lalu, tiga kilang dan 15 kenderaan musnah dalam kebakaran membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, berhampiran Taman Megah Ria, dekat Pasir Gudang.
Premis berkenaan termasuk kilang penyimpanan minyak pelincir terpakai, kilang pemprosesan sabun dan kawasan parkir lori.
SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA), susulan hasil siasatan jenayah yang tidak menemui sebarang unsur kecuaian atau khianat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata bagaimanapun sekiranya terdapat bukti atau keterangan baharu dijumpai, pihaknya komited untuk meneruskan semula siasatan berhubung kejadian tersebut.
"Kita berpuas hati dan menutup kes ini buat masa ini. Namun ia boleh dibuka semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baharu," katanya ketika ditemui selepas sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Hussein turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menyalurkannya kepada polis.
Semalam, beliau mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti yang boleh menyebabkan kerosakan pada paip gas sehingga mencetuskan letupan dalam insiden di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lepas.
Menurutnya, rumusan tersebut diperoleh hasil siasatan teknikal susulan letupan saluran paip gas bawah tanah terbabit.
Katanya, pembinaan lot kedai pejabat dan kerja penggantian paip pembetung di kawasan kejadian dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PETRONAS.
