PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

MAJLIS AMANAT TAHUN 2024 YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA NADMA DAN PASUKAN SMART

19 Januari 2024 - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Amanat Tahun 2024 bersama warga NADMA dan SMART di Dewan Wawasan, Markas SMART.

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri telah disambut dengan perbarisan Tabik Hormat Pasukan SMART yang diiringi oleh Datuk Khairul Shahril Idrus, Ketua Pengarah NADMA.
Seterusnya, YAB Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua Pengarah NADMA dan Pengarah-Pengarah Bahagian dibawa menaiki Utility Terrain Vehicle (UTV) untuk sesi lawatan ke tapak simulasi baharu Pasukan SMART yang kini berada di fasa akhir untuk disiapkan.
Majlis diteruskan dengan lawatan ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) untuk melihat fungsi keseluruhan pusat kawalan ini dalam mendepani kejadian dan operasi bencana di dalam dan luar negara.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search