MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN SUMBANGAN TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) SEBAGAI SOKONGAN INISIATIF BENCANA
- Faiz
- Program dan Aktiviti
MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN SUMBANGAN TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) SEBAGAI SOKONGAN INISIATIF BENCANA | 9 FEBRUARI 2026
Β
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menerima 1,500 unit ππ°πππ’π±π΄πͺπ£ππ¦ ππΆπ£πͺπ€ππ¦ ππ¦π―π΅ (C-Tent) hasil sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Sungai Buloh, Selangor.
Β
Sumbangan bernilai kira-kira RM444,000 ini mencerminkan komitmen berterusan TNB melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Β
Sebagai langkah kesiapsiagaan awal, kesemua C-Tent ini ditempatkan sementara di Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN), Sungai Buloh, sebelum diagihkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan agensi berkaitan mengikut keperluan operasi semasa.
Β
Majlis penyerahan ini disempurnakan dengan kehadiran Ir. Mohd Azmer Md Zainol, Senior Manager (Corporate Responsibility) TNB. NADMA pula diwakili oleh Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) bersama Encik Mohd Khairi Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Razif Ismail, Timbalan Pengarah (Logistik) DSP.
Β
Kerjasama strategik ini membuktikan bahawa kesiapsiagaan bencana adalah tanggungjawab bersama demi kesejahteraan mangsa bencana.
