MAJLIS GRADUASI PEMBANGUNAN KEPAKARAN DAN PERUNDING KEPAKARAN KERAJAAN (PRESTIJ): PROGRAM PENGURUSAN BENCANA (DMP) SIRI PERTAMA
- Faiz
- Program dan Aktiviti
MAJLIS GRADUASI PEMBANGUNAN KEPAKARAN DAN PERUNDING KEPAKARAN KERAJAAN (PRESTIJ): PROGRAM PENGURUSAN BENCANA (DMP) SIRI PERTAMA | 6 FEBRUARI 2026
ย
Seramai 19 peserta PRESTIJ: DMP telah berjaya menamatkan program dan dianugerahkan kelayakan Specialist Gred A (Pakar), sekali gus melahirkan kumpulan pakar pengurusan bencana berkelayakan bertaraf antarabangsa.
ย
Pengumuman kejayaan ini telah dibuat oleh Assoc. Prof. Numada Muneyoshi, ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ (DMTC), Universiti Tokyo semasa Majlis Graduasi PRESTIJ: DMP.
ย
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoโ Jamalulail bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA selaku tetamu kehormat yang menyampaikan Sijil Kepakaran yang diiktiraf Kerajaan Jepun kepada para graduan. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, mewakili NADMA.
ย
Program PRESTIJ: DMP Siri Pertama telah dilaksanakan selama 6 bulan (1 bulan di Malaysia dan 5 bulan di Jepun) menerusi kerjasama strategik antara JPA, NADMA, IEG Campus dan DMTC, Universiti Tokyo.
ย
DMTC, Universiti Tokyo menawarkan tiga tahap pengkhususan iaitu Specialist Gred C (Asas), Gred B (Pertengahan) dan Gred A (Pakar), selari dengan tahap kompetensi dan skop sumbangan dalam pengurusan bencana. Justeru, program ini dirangka bagi melahirkan pakar pengurusan bencana yang mampu bertindak sebagai konsultan dan perunding strategik.
ย
Program pembangunan kapasiti pegawai ini wajar diteruskan di semua peringkat sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana negara.
