PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Kawasan Empangan

12 Jun 2023 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertindak sebagai penyelaras dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, Pulau Pinang.
 
Pada hari ini, OPA dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara NADMA, MET Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Operasi buat kali kedua yang diteruskan sehingga 13 Jun 2023, menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan tersebut. Setakat 12 Jun 2023, di Empangan Air Itam peratus kapasiti air adalah sebanyak 48.6% dan di Empangan Teluk Bahang 44.4%.
 
OPA yang dijalankan ini adalah sebahagian usaha yang digembleng oleh pihak NADMA selaku agensi bencana pusat bersama agensi-agensi yang terlibat bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan rejim cuaca yang dipengaruhi Monsun Barat Daya. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat membantu memulihkan bekalan air yang terjejas dalam negara.
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search