PERHIMPUANAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN JANUARI & AMANAT TAHUN 2026
- Faiz
- Program dan Aktiviti
PERHIMPUANAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN JANUARI & AMANAT TAHUN 2026 | 5 JANUARI 2026
Isnin, 5 Januari 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’ Seri Endon, Putrajaya dan turut dihadiri oleh Barisan Pengurusan Tertinggi NADMA, Wakil Pengarah-Pengarah Seksyen, Pegawai NADMA berserta Anggota SMART.
Dalam ucapan YAB Perdana Menteri dapat dirangkumkan beberapa keputusan-keputusan penting antaranya:
1. Penjawat awam diseru mengamalkan budaya kecemerlangan dan ketekunan dalam bekerja.
2. Inisiatif Perundangan & Reformasi Parlimen di mana beberapa Rang Undang-Undang (RUU) utama bakal dibentangkan pada tahun 2026 antaranya Pemisahan Kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara dan Had Tempoh Jawatan: Jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada maksimum 10 tahun (2 penggal), termasuk had tempoh bagi jawatan KSN.
3. Semua urusan jabatan wajib dilakukan secara online kecuali yang terikat dengan undang-undang dan Deraf jawapan surat rasmi disarankan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjimatkan masa.
4. Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Fasa 1 (sehingga RM500) dikreditkan bermula 20 Januari 2026, Sumbangan Asas Rahmah (SARA): RM100 dikreditkan kepada 22 juta rakyat (18 tahun ke atas) pada 9 Februari 2026 sebagai persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina berserta Bantuan Awal Persekolahan RM150 diteruskan; peruntukan RM200 juta untuk Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz, RM80 juta untuk SJKC, dan RM50 juta untuk SJKT. Selain itu, Penambahan RM100 juta dana PTPK untuk pemandu e-hailing/p-hailing.
5. Kadar Percukaian & PMKS berkaitan Cukai Perkhidmatan (Sewa) dikurangkan daripada 8% kepada 6% dan Pengecualian PMKS: Ambang pengecualian cukai perkhidmatan dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta.
Sekian, laporan disediakan luntuk pemakluman YBhg. Datuk/ YBrs. Ir/ Dr./ Tuan/ Puan jua.
