6th ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP) Workshop
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
6th ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP) Workshop | 12 hingga 14 November 2025 | Le Meridien, Jakarta
Β
Telah berlangsung bengkel AJDRP kali ke-6 yang disertai oleh dua (2) orang pegawai NADMA iaitu Tuan Arjunaidi Ismail dari Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Encik Muhammad Azam Zakuan dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial.
Β
Program anjuran AHA Centre dengan sokongan Global Affairs Canada ini memperkenalkan Senario Keempat AJDRP: banjir rentas sempadan di Lembangan Sungai Mekong Bawah yang melibatkan Vietnam, Lao PDR, Thailand dan Cambodia. Senario ini menekankan keperluan koordinasi rentas negara, mobilisasi sumber dan pengukuhan pelan kontigensi serantau.
Β
NADMA telah memberi tumpuan kepada penyelarasan operasi Malaysia dalam AJDRP, pemetaan jurang kapasiti serta penambahbaikan penyertaan Malaysia dalam ASEAN Standby Arrangements. Negara-negara serantau turut menilai Rakan NADMA sebagai model rujukan dalam koordinasi NGO bagi misi bantuan kemanusiaan yang bukan sahaja dalam negara, malah ke luar negara.
Β
Malaysia turut diwakili JKM, SOMHD, BSMM, MERCY, BBNGO dan Pertubuhan Ihsan Johor bagi memperkukuh modul penugasan dan cadangan kapasiti Malaysia. Secara keseluruhan, bengkel ini mengesahkan bahawa bencana ASEAN yang semakin kompleks memerlukan penyelarasan pelbagai sektor kerjasama rentas negara yang lebih kukuh dan peranan aktif NADMA dalam pengurusan bencana serantau.
