PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bersama Syarikat-Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi

Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bersama Syarikat-Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi | 14 November 2025 | Bilik Mesyuarat Utama SMART
 
Telah berlangsung Mesyuarat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bersama Syarikat-Syarikat Perkhidmatan yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar NADMA.
 
NADMA Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat-syarikat telekomunikasi negara dalam mewujudkan sistem hebahan amaran awal bencana melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang bertujuan untuk memberi amaran awal kepada penduduk di kawasan yang diramal berlaku banjir.
 
Jalinan kerjasama ini terbukti berkesan sebagai salah satu kaedah penyampaian amaran awal kepada mangsa-mangsa bencana terutama di kawasan berisiko banjir. Diharapkan jalinan kerjasama yang sedia ada dapat diteruskan dan diperkukuh bagi memastikan semua pihak terus memainkan peranan aktif dalam pengurusan serta pengurangan risiko bencana di negara ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search