Mesyuarat Status Projek Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Long Busang & naik taraf State Disaster Command Centre (SDCC) Sarawak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Status Projek Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Long Busang & naik taraf State Disaster Command Centre (SDCC) Sarawak serta Bengkel Kerja Peningkatan Kompetensi Pegawai Pengurus Bencana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) & Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi Negeri Sarawak Tahun 2025 | 21 Oktober 2025 | Kuching, Sarawak
YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah menghadiri Mesyuarat Status Projek PPKB Long Busang dan naik taraf SDCC Sarawak yang dipengerusikan oleh YBhg. Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran). Turut hadir wakil-wakil dari NADMA, JKR Sarawak, JKR Kapit, Residen Kapit serta agensi dan bahagian yang terlibat.
Seusai sahaja mesyuarat di Wisma Bapa Malaysia, YBrs. Tuan Haji Hussain Moh terus bergerak ke JPN Sarawak bagi menghadiri Bengkel Kerja Peningkatan Kompetensi Pegawai Pengurus Bencana JPN & PPD bagi Negeri Sarawak Tahun 2025. Slot Arahan NADMA No. 1, Bantuan Wang Ihsan (BWI), MYIBJKM-BSN serta Pembaikan Kecil PPS telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal Abd Hamid dan Encik Muhammad Zulkeflee Yusof.
YBrs. Tuan Haji Hussain Moh juga turut menyerahkan bendera dan topi Rakan NADMA kepada wakil JPN Sarawak sebagai simbolik pelepasan Rakan NADMA Zon Borneo: Sarawak yang akan menggerakkan guru-guru, kakitangan sekolah serta sukarelawan peringkat sekolah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Pengakap dan Pandu Puteri bagi membantu kerja-kerja pasca terutama pendaftaran mangsa agar bantuan BWI-BSN MYIBJKM dapat dipercepatkan.
