Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi bersama Pemimpin Komuniti Daerah Segamat
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi bersama Pemimpin Komuniti Daerah Segamat | 3 September 2025
Β
Telah berlangsung Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi bersama Pemimpin Komuniti Daerah Segamat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat dengan kerjasama NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Β
Program ini telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin komuniti, pimpinan sekolah, wakil-wakil rumah ibadat dan wakil-wakil kaum dari daerah Segamat. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat setempat dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana gempa bumi. Melalui program ini juga masyarakat diberi pendedahan mengenai langkah-langkah mitigasi dan tindak balas kecemasan yang berkesan.
Β
Sesi taklimat ini disampaikan oleh pihak METMalaysia, JMG dan NADMA. Taklimat oleh pihak NADMA telah disampaikan sendiri oleh YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA.
