Penilaian Technical Supporting Group, IRNAP China 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Penilaian Technical Supporting Group, IRNAP China 2025 | 24 hingga 30 Ogos | Beijing, China
Β
Seorang pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) NADMA iaitu Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris telah ditugaskan ke China sebagai Team Leader Technical Supporting Group (TSG) dalam pelaksanaan INSARAG Recognised National Accreditation Process (IRNAP) bagi kategori Medium Urban Search and Rescue (USAR) Team yang dikendalikan oleh China Ministry of Emergency Management (MEM) bersama pasukan National Earthquake Response Support Service (NERSS).
Β
Peranan TSG adalah untuk memberi sokongan teknikal, panduan strategik serta nasihat profesional sepanjang proses IRNAP. Fokus penilaian merangkumi semakan dokumentasi, keberkesanan struktur organisasi, tahap koordinasi operasi serta kesiapsiagaan logistik, perubatan dan pengurusan keseluruhan. TSG juga terlibat secara langsung dalam membantu Exercise Control (Excon) serta menyokong Classifier bagi memastikan penilaian dijalankan secara objektif dan selaras dengan piawaian INSARAG.
Β
Hasil pemerhatian menunjukkan China MEM dan NERSS mempamerkan tahap komitmen tinggi, pengurusan yang sistematik serta kesiapsiagaan operasi yang baik. Latihan simulasi berskala besar yang dilaksanakan juga telah berjaya menonjolkan keupayaan mereka dalam menyelaras pelbagai agensi dan bertindak balas terhadap senario kecemasan bersifat kompleks. Berdasarkan prestasi yang dipamerkan, China berada pada landasan yang kukuh untuk mencapai pengiktirafan IRNAP Medium Team.
