Program Kelestarian Mitigasi, Kesiapsiagaan dan Pemulihan Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Kelestarian Mitigasi, Kesiapsiagaan dan Pemulihan Bencana | 29 Ogos 2025 | Pos Dipang, Kampar, Perak
Tanggal 29 Ogos tahun 1996, perkampungan Orang Asli di Pos Dipang, Kampar, Perak merupakan satu tarikh bersejarah negara dalam pengurusan bencana akibat berlakunya tragedi banjir lumpur.
Program anjuran NADMA di Pos Dipang ini adalah bagi memperingati peristiwa tersebut yang dirangka sebagai Program Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM).
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar telah disambut oleh Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Harulnizam Abd Rahman, Tok Batin Pos Dipang, Alang Bah Aunyang serta para penduduk.
Tok Batin, Alang Bah Aunyang telah berkongsi pengkisahan tragedi yang menyayat hati itu dengan penuh emosi. NADMA turut menyampaikan 50 kit makanan kepada penduduk yang memerlukan dan satu ceramah mengenai pengurusan bencana turut disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pelaksanaan Operasi, PgKB I Arjunaidi Ismail.
Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti CBDRM terhadap kesiapsiagaan serta jaringan kerjasama komuniti bersama NADMA.
