Bengkel Eksekutif Weather and Climate Science for Service Partnership (WCSSP) for Impact Based - Forecast (IBF)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Eksekutif Weather and Climate Science for Service Partnership (WCSSP) for Impact Based - Forecast (IBF) | 18 hingga 20 Ogos 2025 | Noble Resort Hotel, Melaka
Telah berlangsung Bengkel Eksekutif Weather and Climate Science for Service Partnership (WCSSP) for Impact Based - Forecast (IBF) yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Razali Wahab, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana. Bengkel ini telah disertai seramai 62 orang peserta dari NADMA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) dan Syarikat Perunding ZHL.
Program WCSSP merupakan projek Kerajaan Malaysia dan United Kingdom Meteorological Office berkaitan penambahbaikan ramalan cuaca, ramalan banjir dan seterusnya ramalan impak di bawah kerjasama Malaysia-Asia Tenggara dan UK Met Office. NADMA merupakan penyelaras bagi kerjasama ini bersama tiga (3) agensi lain iaitu JPS Malaysia, MET Malaysia dan MiGHT. Pakej kerja 3 (WP3) di bawah projek ini adalah berkaitan Impact Based Forecast (IBF) dan menterjemahkan sains kepada masyarakat.
Objektif utama penganjuran bengkel dibawah Work Package 3 (WP 3) ini adalah untuk membangunkan dan menilai alatan serta aplikasi yang membantu menterjemahkan output model cuaca serantau dan global kepada nasihat yang boleh membantu mengurangkan cuaca berimpak tinggi di Asia Tenggara amnya dan Malaysia khasnya. Selain itu, bengkel ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang komunikasi risiko untuk menambah baik nasihat risiko banjir dan seterusnya memastikan bahawa pengguna maklumat cuaca ini boleh beradaptasi dengan alatan yang dibangunkan dalam Work Package 1 dan Work Package 2 berkaitan ramalan cuaca.
