Program Pre-Delivery Inspection (PDI) di United Kingdom bagi Perolehan 12 Ekor Anjing K9 dan Kelengkapan bagi Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Pre-Delivery Inspection (PDI) di United Kingdom bagi Perolehan 12 Ekor Anjing K9 dan Kelengkapan bagi Tahun 2024 | 21 hingga 29 Jun 2025 | Birmingham, United Kingdom
Telah berlangsung Program Pre-Delivery Inspection (PDI) di United Kingdom bagi perolehan 12 ekor anjing K9 dan kelengkapan bagi tahun 2024 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Program ini adalah kerjasama antara Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan JBPM sebagai persediaan SMART yang bakal melaksanakan penilaian pensijilan INSARAG External Reclassification (IER) pada September 2026.
Tujuan program ini adalah bagi memastikan komponen K9 yang dibekalkan memenuhi kriteria dari segi umur, baka, kesihatan dan tahap latihan yang diperlukan mengikut spesifikasi kontrak atau keperluan operasi. Selain itu, ia juga adalah untuk memastikan komponen berada dalam keadaan kesihatan yang baik, bebas daripada sebarang penyakit berjangkit, kecacatan fizikal atau gangguan tingkah laku yang boleh menjejaskan tugas.
Program ini telah dihadiri oleh 6 orang wakil dari 3 agensi iaitu Dr Ajantha Segarmurthy; Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr Mas Ayu Suraya binti Abd Rahman; Pegawai Veterinar Kanan Jabatan Khidmat Veterinar, PgKB II Zulfikar Bin Jaafar; Penguasa Kanan Bomba II, TPgB I Pramnath A/L Harikisna; Timbalan Penguasa Bomba I, PBK I Thivagaran A/L Yutaman; Pegawai Bomba Kanan I dan PBK I Thompson Anak Kalam, Pegawai Bomba Kanan I.
