Kursus Pengurusan Kuarters Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kursus Pengurusan Kuarters Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 | 25 & 26 Jun 2025 | Hotel Premiera, Kuala Lumpur
Telah berlangsung Kursus Pengurusan Kuarters Markas Pasukan SMART NADMA Tahun 2025 yang disampaikan oleh Encik Muhamad Nasrul bin Mohd Sati, Encik Jafri bin Razak dan Encik Rohisham bin Harun; pegawai/ kakitangan dari Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.
Penyertaan kursus ini telah melibatkan seramai dua puluh dua (22) orang pegawai yang terdiri daripada enam (6) orang pegawai di Unit Pentadbiran, dua (2) orang pegawai di Unit Sumber Manusia, dua (2) orang pegawai di Seksyen Kewangan dan Akaun, dua (2) orang pegawai di Seksyen Teknikal dan Infrastruktur serta sepuluh (10) orang pegawai/ anggota di Sub-Seksyen Logistik, Pasukan SMART.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pegawai/ kakitangan mengenai proses dan prosedur pengurusan kuarters, urusan pentadbiran dan penyeliaan bangunan serta penyelenggaraan kuarters/ bangunan kerajaan. Peserta kursus diharapkan dapat memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang tatacara pengurusan, penyeliaan serta pengendalian hal ehwal kuarters ke arah pengurusan yang lebih cekap, berkesan dan sistematik.