YAB Timbalan Perdana Menteri telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Bagan Datuk, Perak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
1 Julai 2025 - YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Bagan Pasir Laut, Bagan Datuk, Perak petang tadi.
Β
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dan Ahli Parlimen Bagan Datuk telah menyampaikan bantuan kebajikan dan kecemasan kepada 23 mangsa yang terjejas dalam kejadian tersebut.
Β
YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri; Pegawai Daerah Bagan Datuk dan pemimpin masyarakat setempat turut menyertai lawatan ini.
