PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Libat Urus Persiapan Kerajaan bagi menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) 2025 bersama wakil-wakil media

12 Jun 2025 - Telah berlangsung satu Sesi Libat Urus Persiapan Kerajaan bagi menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) 2025 bersama wakil-wakil media yang bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.
 
Sesi libat urus ini diadakan sebagai langkah perkongsian serta penyampaian maklumat kepada pihak media massa berhubung persediaan Kerajaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana sepanjang tempoh MBD 2025. Dalam pembentangannya YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA telah menegaskan berkenaan kepentingan peranan media dalam menyampaikan maklumat yang sahih berkenaan isu-isu bencana.
 
Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Ir. Encik Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS); YBrs. Encik Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia); YAS TPj. (PA) Haji Abdul Wahab bin Haji Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); YBrs. TPjB Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian (Operasi) Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan YBrs. Encik Mohd Yunos bin Rais, Timbalan Pengarah Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search