PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Lawatan dan Perbincangan bagi Penyediaan Bantuan Makanan Bencana Negara di Negeri Sarawak

Sesi Lawatan dan Perbincangan bagi Penyediaan Bantuan Makanan Bencana Negara di Negeri Sarawak | 12 Jun 2025 | Pejabat FAMA Samarahan, Sarawak
 
Telah berlangsung satu Sesi Lawatan dan Perbincangan bagi Penyediaan Bantuan Makanan Bencana Negara di Negeri Sarawak yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA bersama pegawai-pegawai seksyen logistik. Turut hadir adalah wakil dari FAMA (Sarawak dan Pusat), Pejabat SUK Negeri Sarawak dan APM Negeri Sarawak.
 
Sesi lawatan dan perbincangan ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti tempatan di Sarawak dalam menyokong penyediaan bantuan makanan bencana yang berasaskan sumber tempatan dan untuk membincangkan cadangan pengukuhan sistem stor penyimpanan barangan bencana di peringkat negeri.
 
FAMA melalui FAMA Negeri Sarawak telah bersedia untuk membekalkan Kit Makanan (KM) dan Makanan Retort (MRE) berasaskan produk tempatan kepada NADMA bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026. FAMA memiliki keupayaan logistik, tenaga kerja, serta kemudahan penyimpanan bagi melaksanakan pembekalan ini. Lokasi yang dilawati adalah Kilang Serapi Food Industry dan Pusat Operasi FAMA Bahagian Samarahan.
 
Sesi lawatan dan perbincangan ini telah berjaya menilai kesiapsiagaan fasiliti tempatan di Sarawak dalam penyediaan bantuan makanan bencana serta membincangkan langkah pengukuhan penyimpanan barangan bencana. Komitmen FAMA, APM Sarawak dan SUK Sarawak menunjukkan kesediaan tinggi menghadapi MTL 2025/2026.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search