𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑𝐀𝐓
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑𝐀𝐓
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan Lawatan Kerja Projek Rintis Inspektorat Pengurusan Operasi Bencana di Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia Tahun 2026 selama tiga hari, bermula 28 hingga 30 Oktober 2026 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Inisiatif ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan, keupayaan serta keberkesanan pengurusan operasi bencana di peringkat negeri, khususnya menjelang Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
Lawatan yang diselaraskan oleh Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) NADMA ini memberi tumpuan kepada penilaian enam komponen utama, iaitu kewangan, sumber manusia, logistik dan bekalan, komunikasi, fasiliti dan infrastruktur serta pengurusan maklumat. Penilaian ini turut melibatkan kawasan berisiko banjir di ketiga-tiga negeri bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan jurang keupayaan dalam mekanisme pengurusan operasi bencana. NADMA berharap dapatan projek rintis ini dapat menjadi asas kepada pembangunan kerangka inspektorat yang lebih seragam dan sistematik, sekali gus memperkukuh penyelarasan antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan agensi berkaitan serta meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana. Delegasi NADMA diketuai oleh PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin bersama pegawai-pegawai NADMA.
