Sesi Lawatan Konsultasi Project 98 – Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia (EMED)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Lawatan Konsultasi “Project 98 – Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia (EMED)” | 11 Jun 2025 | Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Markas SMART & MYCEDM
Telah berlangsung satu Sesi Lawatan Konsultasi Project 98 - Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia (EMED) yang disertai oleh seramai 40 orang wakil, termasuk pegawai-pegawai daripada kementerian & agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kecemasan perubatan dan kesiapsiagaan CBRN.
Pihak EU CBRN CoE telah menganjurkan lawatan ini bertujuan untuk meninjau fasiliti yang terdapat di setiap bahagian yang terlibat, serta mengenal pasti peluang untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan perubatan CBRN negara melalui sesi pembentangan dari setiap pihak.
Selain itu, para peserta telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai sistem pengurusan bencana kebangsaan, fungsi dan peranan setiap pihak khususnya dari segi latihan dan operasi. Hal ini sekaligus akan, memberikan mereka gambaran lebih dekat tentang peranan kritikal yang dimainkan oleh NDCC dan pasukan SMART semasa berlakunya bencana.
Seterusnya, para peserta juga dapat mengenal pasti input penting kepada pasukan projek EMED dalam usaha memperkukuhkan kerjasama serantau serta menambah baik kapasiti kesiapsiagaan dan tindak balas perubatan kecemasan CBRN di Asia Tenggara.
Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC telah disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Jahaya manakala taklimat berkaitan pengoperasian Pasukan SMART telah disampaikan oleh Insp Abdullah bin Ahmad Sobri. Turut bersama di dalam sesi taklimat ini ialah Encik Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin, Ketua Penolong Pengarah Kanan MYCEDM.