Asean-Prime Protection, Gender and Inclusion (PGI) Exchange Forum – From Policy to Practice: PGI Across Disaster Management Phases
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Asean-Prime Protection, Gender and Inclusion (PGI) Exchange Forum – From Policy to Practice: PGI Across Disaster Management Phases | The 3rd Meeting of The Project Steering Committee (PSC) of The Asean-Protection, Resilience and Inclusion for Multi-Hazard Emergencies (PRIME) | The 8th Meeting of The Asean Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Prevention & Mitigation (WG P&M) | 11 hingga 13 Mac 2025
NADMA selaku NDMO Malaysia dengan kerjasama Sekretariat ASEAN dan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA Centre) telah menganjurkan ASEAN-PRIME Protection, Gender and Inclusion (PGI) Exchange Forum – From Policy to Practice: PGI Across Disaster Management Phases pada 11 & 12 Mac 2025 bertempat di Fifth Avenue Hotel, Pulau Pinang.
YBrs. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) telah hadir bagi menyampaikan ucapan pembukaan manakala YBrs. Tuan Ir. Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi turut menyampaikan ucapan penutup. Turut hadir ialah Encik Mohd Faizal bin Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial selaku ahli panel (Recovery Phase) serta para pegawai daripada Seksyen Mitigasi dan Seksyen Dasar & Perancangan.
Secara khususnya, objektif penganjuran forum selama dua hari ini adalah untuk meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan negara anggota ASEAN dan stakeholders dalam memberikan bantuan kemanusiaan secara lebih menyeluruh yang mengambil kira aspek berdasarkan jantina (gender-based) serta memberi tindak balas yang sewajarnya terhadap kejadian bencana baharu yang kian kompleks, selaras dengan agenda pelaksanaan projek ASEAN-PRIME 2022-2027.
Forum ini juga bertujuan bagi membangunkan asas berkaitan dengan elemen pengintegrasian PGI di setiap peringkat pengurusan bencana yang merangkumi beberapa fasa utama seperti pencegahan dan mitigasi (prevention and mitigation - P&M), kesiapsiagaan (preparedness), tindak balas (response) dan pemulihan semula (recovery), di samping turut berperanan dalam mengenal pasti setiap jurang, cabaran dan peluang yang wujud antara peruntukan dasar dan amalan terbaik yang dilaksanakan di peringkat rantau Asia Tenggara.
Siri program ini diteruskan dengan penganjuran The 3rd Meeting of the Project Steering Committtee (PSC) of the ASEAN- Protection, Resilience and Inclusion for Multi-Hazard Emergencies (PRIME) yang diadakan secara berturutan dengan The 8th Meeting of the ACDM Working Group on Prevention & Mitigation (WG P&M) pada 13 Mac 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Lao PDR (Ministry of Labour and Social Welfare - MOLSW), Philippines (Office of Civil Defence - OCD) dan Thailand (Department of Disaster Prevention and Mitigation - DDPM). Seramai 2 orang pegawai dari NADMA telah menghadiri sesi perbincangan tersebut iaitu Puan Munirah binti Zulkaple, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Dasar & Perancangan dan Puan Siti Mariam binti Abu, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Mitigasi.