Sesi Bengkel Tadbir Urus Perkhidmatan Digital Kerajaan bersama agensi di bawah Sektor Keselamatan
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Bengkel Tadbir Urus Perkhidmatan Digital Kerajaan bersama agensi di bawah Sektor Keselamatan | 27 & 28 Februari 2025 | Dewan Bankuet, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
Telah berlangsung satu sesi Bengkel Libat Urus Perkhidmatan Digital Kerajaan Sektor Keselamatan yang bertujuan untuk memberi pencerahan dan pengetahuan menyeluruh kepada semua wakil agensi mengenai inisiatif pendigitalan melalui pendekatan Whole-of-Government (WoG), seterusnya mencadangkan dan menyelaras aktiviti di bawah Sektor Keselamatan.
Kementerian Digital (KD) dan Jabatan Digital Negara (JDN) telah dibentuk untuk memperkasakan inisiatif pendigitalan melalui konsep Government Technology atau GovTech dengan hasrat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan berkesan kepada rakyat. Pelaksanaan inisiatif pendigitalan mengikut pendekatan WoG, perancangan dan pelaksanaan projek pendigitalan kerajaan bermula tahun 2025 perlu dirancang secara bersepadu bagi memastikan semua kementerian dan agensi memahami hasrat dan kepentingan pelaksanaan inisiatif pendigitalan secara pendekatan WoG ini.
Wakil NADMA yang telah hadir dalam menyumbang idea untuk menyempurnakan templat domain perkhidmatan bagi ekosistem sektor pengurusan bencana ialah Puan Norbazliah binti Ibrahim dan Encik Mohd Izzamuddin bin Nadin sebagai SME, manakala Ts. Abrar Noor Akramin bin Kamarudin sebagai Pengurus ICT. Wakil dari agensi-agensi lain yang turut sama terlibat pada sesi ini adalah dari KKM, KDN, ATM, APMM, APM, ESSCOM, RELA, PDRM, JBPM, MKN, NACSA, CGSO dan JIM. Hasil draf bengkel ini akan dimurnikan oleh pihak JDN sebelum diangkat ke MKN bagi memuktamadkan dokumen blueprint projek pendigitalan sektor keselamatan sebagai sebahagian daripada pendekatan WoG.