PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan Skuad Ihsan Madani

3 Disember 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Skuad Ihsan Madani telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). YBrs. En Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah hadir selaku wakil Sekretariat Pengurusan Bencana Pusat dan membentangkan laporan semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 serta fokus utama MTL ketika ini.
 
Mesyuarat juga mengambil maklum akan keperluan koordinasi pergerakan sukarelawan terutama bagi bantuan pasca bencana. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri sepertimana tahun lepas, akan menjadi focal point untuk mengaturgerak Sukarelawan Skuad Ihsan Madani mengikut keperluan di lapangan. Mesyuarat turut diingatkan agar sukarelawan memastikan keperluan kendiri disediakan terlebih dahulu seperti makanan, penginapan, logistik dan alatan bantuan sebelum turun ke lapangan dan mematuhi arahan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Negeri yang terkesan.
 
Sesi flag-off sukarelawan Skuad Ihsan Madani akan dimaklumkan oleh APM dan segala peruntukan gerak kerja sukarelawan adalah di bawah peruntukan jabatan masing-masing. Selain itu, wakil NADMA turut meninjau UniKL Sepang yang menawarkan hangar bay untuk dijadikan staging area jika ada keperluan untuk pengumpulan sumbangan serta sukarelawan Unikl bagi misi MTL 2024/2025. Seterusnya, wakil NADMA juga turut meninjau koordinasi Rakan NADMA bagi urusan penghantaran barang-barang bantuan ke kawasan terjejas.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search