PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Penghantaran Barangan Bantuan Untuk Kegunaan Mangsa-Mangsa Banjir di Negeri Kelantan

PENGHANTARAN BARANGAN BANTUAN UNTUK KEGUNAAN MANGSA-MANGSA BANJIR DI NEGERI KELANTAN | 28 November 2024 | Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN), Sungai Buloh
 
Berikutan kejadian banjir yang semakin teruk di Negeri Kelantan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) pada 28 November 2024, telah memohon pembekalan segera barangan bantuan NADMA untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan, termasuk Collapsible Cubicle Tent (C-Tent).
 
NADMA melalui penyelarasan Seksyen Logistik telah menghantar 9 buah lori secara keseluruhannya yang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan penghantaran C-tent ke beberapa Daerah di Negeri Kelantan berjalan dengan lancar dan teratur.
 
Tujuan penghantaran C-Tent kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ini adalah sebagai tindak balas kesiapsiagaan menghadapi banjir yang sedang melanda di Negeri Kelantan dan sedikit sebanyak dapat menyediakan perlindungan yang selamat dan selesa bagi mereka yang terjejas oleh bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search