Sesi Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 November 2024 - YBhg Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah menghadiri Sesi Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di SMK Seri Medan Batu Pahat, Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada Sukaralewan JKM, NGO negeri Johor dan komuniti setempat.
Selain itu, YBhg Ketua Pengarah NADMA juga turut memantau progres projek pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di SK Seri Medan Batu Pahat, Johor. Sepanjang 2024, Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial NADMA telah memberi fokus terhadap pelaksanaan program CBDRM serta pemerkasaan komuniti dan NGO/Sukarelawan dengan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak seperti KKDW, INFRA, KPM, KBS, UniKL, JKM dan APM.
Sebanyak 117 pelbagai program CBDRM telah dilaksanakan dari 1 Januari sehingga 22 November 2024 yang melibatkan 43,196 penyertaan dari pelbagai peringkat komuniti. Bagi persediaan komuniti-NGO-Sukarelawan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), untuk tempoh Oktober-November sahaja sebanyak 58 program telah dilaksanakan yang melibatkan 31,405 penyertaan agar kesiapsiagaan dapat dipertingkatkan.