KONVENSYEN RAKAN NADMA "MALAYSIA MADANI, SIAGA BENCANA"
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
KONVENSYEN RAKAN NADMA "MALAYSIA MADANI, SIAGA BENCANA" | 8 OKTOBER 2024 | DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE.
Telah berlangsungnya Konvensyen Rakan NADMA "Malaysia Madani, Siaga Bencana" yang diadakan buat julung kalinya di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Putrajaya. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama strategik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada hari ini.
Konvensyen ini juga telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) sekaligus melancarkan Pelan Rejuvenasi Rakan NADMA 2030. Selain itu, YAB Timbalan Perdana Menteri turut mengadakan lawatan ke reruai pameran yang telah disediakan oleh Rakan-Rakan NADMA dan demonstrasi mengenai "Vertical Rescue" oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pada sesi akhir konvensyen ini.
Harapan YAB Timbalan Perdana Menteri buat konvensyen yang diadakan ini adalah dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat di antara pihak kerajaan dengan badan-badan bukan kerajaan serta mendapat sokongan penuh daripada badan-badan korporat serta agensi swasta supaya pengurusan bencana akan lebih mantap serta menyeluruh.