Tinjauan Sistem Amaran Awal dan Empangan Sabo di Titi Hayun, Kedah
- Farah Natasya
- Program dan Aktiviti
TINJAUAN SISTEM AMARAN AWAL DAN EMPANGAN SABO DI TITI HAYUN | 18 September 2024 | YAN, KEDAH
YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah mengadakan tinjauan bagi melihat kesiapsiagaan Sistem Amaran Awal (EWS) di sekitar Titi Hayun, Yan, Kedah. Tinjauan ini diadakan sebagai salah satu persiapan menghadapi Monsun Timur Laut 2024/2025 yang lazimnya bermula pada bulan November setiap tahun.
Lawatan dan tinjauan EWS ini merangkumi sesi taklimat dan lawatan ke lokasi pemasangan EWS bagi melihat fungsi EWS di bawah seliaan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Empangan Sabo di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Secara lazimnya, Titi Hayun merupakan kawasan peranginan desa yang terdedah dengan bencana banjir puing akibat fenomena kepala air di kaki Gunung Jerai.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr, Nadzman bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah; Puan Maznim binti Ismail, Pegawai Daerah Yan; wakil JMG Negeri Kedah, wakil JPS Negeri Kedah, Pengarah APM Kedah serta pegawai-pegawai agensi berkaitan peringkat Negeri Kedah.