PROGRAM LATIH AMAL (TABLE TOP EXERCISE) BENCANA EMPANGAN (EMPANGAN BATU DAN KLANG GATES) TAHUN 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PROGRAM LATIH AMAL (TABLE TOP EXERCISE) BENCANA EMPANGAN (EMPANGAN BATU DAN KLANG GATES) TAHUN 2024 | 21 hingga 23 Ogos 2024 | HOTEL SCAPES GENTING HIGHLANDS
Program latih amal bencana empangan ini dilaksanakan bagi memperkemaskan komunikasi, kerjasama dan koordinasi antara jabatan, agensi dan badan korporat. Ia juga termasuk pihak berkuasa tempatan pemegang taruh pengurusan bencana di Lembah Klang lantaran ianya merupakan latih amal bencana yang memfokuskan kepada risiko keberbahayaan yang boleh memberi kesan atau menjejaskan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis Perasmian Program Latih Amal Bencana Empangan Tahun 2024 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan Majlis Penutupan Program Latih Amal Bencana ini telah disempurnakan oleh YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
Program ini juga turut dihadiri oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, YDH Dato’ Timbalan Ketua Polis Selangor, En. Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander SMART, Pn. Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat NADMA, Master of Trainer (MOT) Incident Command System (ICS) dan beberapa pegawai kanan NADMA yang lain.