PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

IPU NAIK? JANGAN AMBIL MUDAH! 🌫️

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang meningkat menandakan kualiti udara semakin merosot dan boleh meningkatkan risiko terhadap kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak bacaan IPU terkini, mengurangkan aktiviti di luar terutama aktiviti fizikal, memakai pelitup muka yang sesuai serta minum air secukupnya.

Previous Next

GEJALA KESIHATAN AKIBAT JEREBU 🌫️

Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan gejala seperti mata pedih dan berair, hidung berair, batuk, kegatalan pada kulit, sakit dada serta kesukaran bernafas.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap tahap kualiti udara, menghadkan aktiviti di luar dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri serta keluarga daripada kesan jerebu.

Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang serius.

Previous Next

RISIKO CUACA KERING SEMASA MONSUN BARAT DAYA 2026: BERSIAP SEDIA, LINDUNGI DIRI

Monsun Barat Daya membawa keadaan cuaca panas dan kering yang boleh meningkatkan risiko dehidrasi, strok haba serta penurunan paras sungai dan empangan, sekali gus memberi tekanan kepada sumber air.

Cuaca kering juga boleh meningkatkan risiko jerebu, yang menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan. Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar, menjaga penggunaan air dan sentiasa mengikuti maklumat serta nasihat daripada sumber rasmi.

Previous Next

JEREBU DI SARAWAK: LINDUNGI PARU-PARU, LINDUNGI DIRI
Β 
Kualiti udara di beberapa kawasan di Sarawak kini berada pada tahap berbahaya. Dalam keadaan jerebu, lindungi diri dengan menggunakan pelitup muka yang sesuai dan dipakai dengan betul.
Pelitup muka N95 mampu menapis zarah halus dan membantu mengurangkan pendedahan kepada zarah pencemar di udara.
Β 
Pastikan pelitup muka melekap kemas pada wajah tanpa ruang di bahagian tepi. Elakkan penggunaan pelitup yang koyak, kotor atau tidak selesa sehingga mengganggu pernafasan.
Previous Next

πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 (πŽππ€) πƒπˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ, πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π‹πˆπ’
Β 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sarawak, Kedah dan Perlis pada 3 hingga 5 September 2026 sebagai langkah kesiapsiagaan membantu mengurangkan impak jerebu.
Β 
Semoga operasi yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada semua.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search