GEJALA KESIHATAN AKIBAT JEREBU
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
GEJALA KESIHATAN AKIBAT JEREBU ![]()
Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan gejala seperti mata pedih dan berair, hidung berair, batuk, kegatalan pada kulit, sakit dada serta kesukaran bernafas.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap tahap kualiti udara, menghadkan aktiviti di luar dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri serta keluarga daripada kesan jerebu.
Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang serius.
