RISIKO CUACA KERING SEMASA MONSUN BARAT DAYA 2026: BERSIAP SEDIA, LINDUNGI DIRI
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
RISIKO CUACA KERING SEMASA MONSUN BARAT DAYA 2026: BERSIAP SEDIA, LINDUNGI DIRI
Monsun Barat Daya membawa keadaan cuaca panas dan kering yang boleh meningkatkan risiko dehidrasi, strok haba serta penurunan paras sungai dan empangan, sekali gus memberi tekanan kepada sumber air.
Cuaca kering juga boleh meningkatkan risiko jerebu, yang menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan. Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar, menjaga penggunaan air dan sentiasa mengikuti maklumat serta nasihat daripada sumber rasmi.
