PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Gempa bumi boleh berlaku tanpa amaran dan menyebabkan kerosakan, kecederaan serta kehilangan nyawa. Oleh itu, ketahui langkah keselamatan bagi melindungi diri dan orang di sekeliling.
 
Kekal tenang, amalkan prinsip 𝘋𝘳𝘰𝘱, 𝘊𝘰𝘷𝘦𝘳, 𝘏𝘰𝘭𝘥 𝘖𝘯 (Tunduk, Lindung, Pegang), jauhi tingkap dan objek yang boleh tumbang. Selepas gegaran berhenti, keluar melalui tangga ke kawasan terbuka dan ikuti arahan pihak berkuasa.
Previous Next

Gempa bumi berlaku apabila tenaga di dalam kerak Bumi dilepaskan secara tiba-tiba, menyebabkan gegaran pada permukaan bumi. Kejadian ini boleh mengakibatkan kerosakan harta benda, gangguan perkhidmatan, kecederaan, kehilangan nyawa serta berpotensi mencetuskan tsunami jika berlaku di dasar laut.
 
Sentiasa bersedia dengan mengetahui langkah keselamatan, menyediakan kit kecemasan dan mematuhi maklumat serta arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan diri, keluarga dan komuniti.
Previous Next

Gelombang haba berlaku apabila suhu meningkat ke tahap luar biasa dan berterusan selama beberapa hari melebihi kebiasaan sesuatu kawasan. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko seperti dehidrasi, strok haba, keletihan melampau serta menjejaskan aktiviti harian, alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.
Peka terhadap tanda-tanda gelombang haba dan ambil tindakan awal seperti minum air secukupnya, kurangkan aktiviti di bawah terik matahari serta lindungi diri dan keluarga daripada pendedahan haba melampau.
Previous Next

🚨 Amaran cuaca bukan sekadar notifikasi di telefon anda. Ia mungkin menyelamatkan nyawa.
 
Amaran cuaca dikeluarkan sebagai langkah awal untuk membantu orang ramai bersedia menghadapi risiko bencana seperti hujan lebat, ribut, banjir dan angin kencang. Mengabaikan amaran ini boleh meningkatkan risiko kepada keselamatan diri, keluarga serta harta benda.
 
⚠️ Tindakan awal seperti menangguhkan perjalanan ke kawasan berisiko, menyediakan kit kecemasan, menyimpan dokumen penting di tempat yang selamat dan memantau perkembangan cuaca daripada sumber rasmi mampu mengurangkan impak bencana.
Previous Next

🔥 TRIVIA BENCANA: ANDA JAWAB BETUL TAK? 🌞
 
Cuaca panas dan kering semasa Monsun Barat Daya boleh meningkatkan risiko kebakaran hutan dan belukar. 🌳🔥
 
Tahniah kepada yang memilih B! ✅ Tumbuhan yang kering lebih mudah terbakar dan api boleh merebak dengan cepat, terutama ketika cuaca panas, berangin dan kurang hujan.
 
💡 Ingat langkah pencegahan:
🚫 Elakkan pembakaran terbuka.
🚭 Jangan buang puntung rokok merata-rata.
📞 Laporkan segera kepada pihak berkuasa jika mengesan kebakaran.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search