PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

BILA AIR NAIK, JANGAN REDAH!
Air banjir bukan sekadar menghalang perjalanan, malah boleh membawa bahaya yang tidak kelihatan. Arus deras, longkang tersembunyi dan keadaan jalan yang tidak selamat boleh mengancam nyawa.
Jangan ambil risiko! Elakkan kawasan banjir, jauhi arus deras, gunakan laluan alternatif dan sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa. Ingat, lebih baik berpatah balik daripada mempertaruhkan nyawa.
Previous Next

Bersedia,Berwaspada,Bertindak!
Setiap kawasan mempunyai risiko bencana yang berbeza. Kenali risiko di persekitaran anda dan pastikan langkah kesiapsiagaan sentiasa diutamakan.
Rancang tindakan awal, patuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa utamakan keselamatan diri serta keluarga.
Previous Next

PINDAH SEGERA, JANGAN AMBIL RISIKO!

Apabila diarahkan berpindah, jangan berlengah atau mengambil risiko. Pastikan barangan keperluan dan dokumen penting telah disediakan serta mudah dibawa.

Utamakan keselamatan diri dan keluarga dengan segera berpindah ke tempat selamat serta sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih buruk.

Previous Next

𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑, 𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀

Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 membawa risiko hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan. Sentiasa peka terhadap amaran banjir, sediakan beg siaga, simpan dokumen penting dalam bekas kalis air dan berpindah segera sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.

Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan. Persediaan awal mampu melindungi nyawa.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search