KENALI TAHAP AMARAN CUACA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT!
Ketika Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, orang ramai disaran sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan memahami tiga tahap amaran cuaca berikut;
Setiap tahap amaran memerlukan tindakan yang berbeza. Pantau maklumat cuaca terkini, elakkan kawasan berisiko banjir, sediakan pelan kecemasan keluarga dan patuhi arahan pihak berkuasa. Jika diarahkan berpindah, segera ke tempat yang selamat.
PERSIAPAN KELUARGA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA!
Â
Menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027, setiap keluarga perlu mengambil langkah awal bagi memastikan keselamatan semua ahli keluarga sekiranya berlaku bencana.
Pastikan beg siaga sentiasa tersedia, dokumen penting disimpan dengan selamat serta setiap ahli keluarga mengetahui lokasi pemindahan dan laluan yang selamat.Jangan tunggu sehingga bencana berlaku untuk mula bersedia. Rancang lebih awal kerana persediaan hari ini mampu melindungi keluarga pada masa hadapan.
KESELAMATAN BANJIR: JANGAN AMBIL RISIKO!
Â
Air banjir mungkin kelihatan cetek, namun arus deras, jalan berlubang dan objek tersembunyi boleh mengundang bahaya. Jangan redah laluan yang dinaiki air atau mengambil jalan pintas yang boleh mengancam nyawa.
Sekiranya air mula meningkat, bertindak segera, berpindah ke tempat selamat dan patuhi arahan pihak berkuasa. Utamakan keselamatan diri dan keluarga. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kritikal!
Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat bencana.
Kesiapsiagaan Komuniti
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 bermula daripada keprihatinan kita terhadap komuniti sekeliling.
Kenali jiran berisiko, kongsi maklumat sahih dan bantu mereka membuat persediaan awal. Ingat, keselamatan adalah tanggungjawab bersama!
