πππππππ πππππ πππππππ ππππππ πππ ππππππππππ ππ πππππππ πππππππ πππππππ ππ ππππππ, ππππ πππ πππππ, πππππ
- Faiz
- Program dan Latihan
PULAU MERANTI, 6 Mac 2026 β Seramai 20 orang kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang sedang mengikuti submodul Strategic Partnership Programme (SPP) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MYCEDM), Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Β
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para kadet berhubung mekanisme pengurusan bencana negara, di samping memahami peranan serta fungsi MYCEDM, NDCC dan SMART dalam mengurus serta menyelaras tindak balas terhadap krisis dan bencana.
Β
Sepanjang lawatan tersebut, para kadet telah mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohamed Azriza bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan MYCEDM; PgKB II Mohamad Hafiezul bin Abdul Halim, Ketua Seksyen Latihan SMART; serta Encik Rosnadi bin Majid, Pengarah NDCC. Para peserta turut berpeluang melawat tapak simulasi bencana SMART bagi melihat dengan lebih dekat latihan serta persediaan operasi yang dilaksanakan oleh pasukan berkenaan.
Β
Β
πππππππ πππππππππ ππππ ππ’ππ ππππ ππππ & πππππππππππ ππππππππππ πππππ ππ ππππππ πππππ , πππππ πππππππ | ππ π πππππππ ππππ
- Faiz
- Program dan Latihan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah menerima lawatan rasmi delegasi pensyarah daripada Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama wakil dari Ritsumeikan University, Jepun.
Β
Lawatan delegasi ini juga dibuat kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MYCEDM) dan seterusnya ke tapak simulasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Β
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi berkenaan keupayaan dan kepakaran SMART dalam pengendalian operasi menyelamat, khususnya melalui modul ππ³π£π’π― ππ¦π’π³π€π© π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ (ππππ) melibatkan operasi menyelamat runtuhan bangunan.
Β
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan teknikal antara institusi pengajian tinggi serta agensi penyelamat, khususnya dalam bidang pengurusan risiko bencana.
Β
