𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐘𝐂𝐃𝐄𝐌, 𝐍𝐃𝐂𝐂 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓, 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀
- Faiz
- Program dan Latihan
PULAU MERANTI, 6 Mac 2026 – Seramai 20 orang kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang sedang mengikuti submodul Strategic Partnership Programme (SPP) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MYCEDM), Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para kadet berhubung mekanisme pengurusan bencana negara, di samping memahami peranan serta fungsi MYCEDM, NDCC dan SMART dalam mengurus serta menyelaras tindak balas terhadap krisis dan bencana.
Sepanjang lawatan tersebut, para kadet telah mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohamed Azriza bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan MYCEDM; PgKB II Mohamad Hafiezul bin Abdul Halim, Ketua Seksyen Latihan SMART; serta Encik Rosnadi bin Majid, Pengarah NDCC. Para peserta turut berpeluang melawat tapak simulasi bencana SMART bagi melihat dengan lebih dekat latihan serta persediaan operasi yang dilaksanakan oleh pasukan berkenaan.
