PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

LAWATAN DELEGASI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM, KEMENTERIAN EKONOMI (BKKA KE) KE MARKAS SMART | 14 JANUARI 2026

Telah berlangsung sesi lawatan delegasi dari Kementerian Ekonomi (KE) ke Markas SMART yang diketuai oleh Pengarah BKKA KE, Tuan Mohd Zaharain Mohd Nor.
Timbalan Ketua Pengarah (Pasca) NADMA, Tuan Haji Hussain Moh telah memberikan taklimat dan mengiringi lawatan bagi membuat tinjauan perkembangan dan seterusnya mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap projek pembangunan yang telah disiapkan, sedang dilaksanakan termasuk permohonan baharu dalam RP2 RMK13 NADMA.
 
Sebanyak empat (4) sesi lawatan telah dilaksanakan di Markas SMART seperti yang berikut:
(i) Pusat Simulasi Bencana Negara
(ii) Bangunan Pentadbiran dan NDCC
(iii) Tapak Cadangan Projek Simulasi Bencana Di Air
(iv) Projek Menaiktaraf Kuarters Markas SMART
 
Pasukan SMART turut membuat demonstrasi menyelamat dan pameran peralatan kepada delegasi lawatan.
Sesi lawatan ini turut disertai oleh wakil Bahagian Pembangunan JPM, Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Selangor, JKR Daerah Sepang, SMART, MyCEDM, NDCC, SPSM, Seksyen ICT dan STI.
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search