PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

BANTUAN WANG IHSAN (BWI): KENALI SYARAT KELAYAKAN ANDA

Mangsa bencana yang terjejas akibat banjir boleh menyemak kelayakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dengan memastikan syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan dipenuhi.

Antara syarat utama termasuklah bencana disahkan oleh JPBP, JPBN atau JPBD, pemohon merupakan warganegara Malaysia dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas serta mendiami rumah kediaman persendirian ketika kejadian berlaku. Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem MyIBJKM sepanjang tempoh pembukaan PPS di kawasan bencana.

 

Previous Next

KENALI PPS: TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA KETIKA BENCANA
 
Apabila banjir melanda dan kediaman tidak lagi selamat untuk diduduki, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjadi tempat perlindungan sementara bagi mangsa bencana. Namun, bilakah anda perlu berpindah dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Utamakan keselamatan diri dan keluarga dengan mematuhi arahan pemindahan pihak berkuasa. Pastikan dokumen penting, ubat-ubatan, pakaian, keperluan bayi serta barangan asas dibawa bersama. Ketahui juga kemudahan yang disediakan di PPS dan daftar maklumat berkaitan melalui aplikasi MyIBJKM.
Previous Next

MITOS VS FAKTA: KEPALA AIR
Jangan pandang ringan risiko kepala air! Fenomena ini boleh berlaku secara tiba-tiba walaupun cuaca di kawasan anda kelihatan cerah.
Ingat, air sungai yang kelihatan tenang tidak bermakna selamat. Arus deras, peningkatan paras air secara mendadak serta bunyi deruan air yang luar biasa boleh menjadi antara tanda amaran kepala air.
Jangan hampiri sungai, jangan tunggu untuk merakam gambar atau video. Utamakan keselamatan dan segera beredar ke kawasan yang lebih tinggi sekiranya terdapat tanda-tanda kepala air.
Previous Next

MAKLUMAT BENCANA DI HUJUNG JARI ANDA!
Dalam situasi bencana, maklumat yang tepat dan terkini amat penting bagi membantu kita membuat persediaan serta mengambil tindakan dengan segera.
Kenali MyDIMS, aplikasi yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan bencana di Malaysia, termasuk amaran awal bencana, peta lokasi kejadian, maklumat Pusat Pemindahan Sementara (PPS), panggilan kecemasan 999 serta direktori agensi berkaitan.
Jangan tunggu sehingga bencana berlaku untuk mendapatkan maklumat. Muat turun aplikasi MyDIMS sekarang dan manfaatkan kemudahan yang tersedia sebagai langkah meningkatkan kesiapsiagaan diri dan keluarga.
Previous Next

KENALI TANDA-TANDA KEPALA AIR, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT!
 
Kepala air boleh berlaku secara tiba-tiba akibat hujan lebat di kawasan hulu sungai, walaupun cuaca di lokasi anda masih cerah. Arus deras yang membawa lumpur, kayu balak dan serpihan boleh mengancam keselamatan dalam sekelip mata.
 
Jangan abaikan tanda-tanda awal seperti paras air meningkat mendadak, air bertukar keruh, bunyi deruan semakin kuat dan kayu mula hanyut. Jika mengesan tanda-tanda ini, segera tinggalkan kawasan sungai dan tempat rekreasi, bergerak ke kawasan lebih tinggi serta patuhi arahan pihak berkuasa.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search