๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐-๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐.
ย
Sesi taklimat dan pembentangan khas BWI Negeri Perak telah diadakan di Pejabat Daerah Larut Matang Selama (LMS) dan dipengerusikan oleh Pengerusi JPBD LMS serta turut melibatkan secara hibrid (online) pengerusi/wakil JPBD-JPBD lain dari seluruh daerah di Negeri Perak serta wakil JPBN Perak.
ย
Sesi turut menyentuh soalan-soalan yang dibangkitkan dari pejabat-pejabat wakil rakyat di Perak seperti YAB Tambun, YAB Bagan Datuk, YB Beruas dan YB Trong berkaitan proses dan status BWI.
ย
Taklimat turut diadakan di SDCC Perak di Ipoh berkaitan proses pembukaan PPM serta isu-isu bayaran bantuan BWI sebelum MTL 2025/2026 bermula (13/11/2025).
Pemantauan juga diadakan di Pejabat Daerah Hilir Perak serta Pejabat Daerah Kinta yang merancang untuk membuka PPM bagi membantu pendaftaran dan permohonan BWI bagi mangsa-mangsa yang masih tercicir.
ย
Mengikut data MYIBJKM, sejak MTL 2025/2026 bermula, Daerah Bagan Datuk, Hilir Perak dan Manjung merekodkan KIR yang melebihi 2000 orang setiap daerah. Keseluruhan KIR di Negeri Perak bagi MTL 2025/2026 setakat ini adalah seramai 9,483 KIR berbanding MTL 2024/2025 seramai 462 KIR. Perbandingan ini mencatatkan peningkatan jumlah KIR sebanyak 1,952.6%
ย
Data-data MYIBJKM turut dibentangkan bagi membantu perancangan JPBD/JPBN Perak akan datang berkaitan pemilihan PPS di kawasan terkesan, kapasiti PPS sedia ada bagi menampung KIR dan mangsa menetap, laluan pendaftaran KIR menetap vs tidak menetap di PPS, serta penugasan petugas-petugas di lapangan terutama di PPS dan PPM.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ | ๐๐-๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
NADMA bersama-sama JBPN Sabah telah membuka dua (2) Pusat Pendaftaran Mangsa (PPM) terawal di Sabah iaitu di Dewan Terbuka Mansiang, Menggatal dan Dewan Mini Kionsom, Inanam, Kota Kinabalu.
ย
Seramai 295 KIR berjaya menyelesaikan isu pendaftaran dan permohonan di kedua-dua lokasi yang dibuka pada 13 Februari 2026.
Tinjauan turut dilaksanakan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Beaufort pada 14-15 Februari 2026 yang menempatkan 105 KIR melibatkan 284 mangsa. Proses pendaftaran berjalan lancar dengan beberapa penambahbaikan dikenal pasti berkaitan pengurusan data KIR dan pengelompokan keluarga.
ย
Taklimat prestasi BWI Sabah telah disampaikan kepada Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sanah, Jabatan Ketua Menteri dan wakil JPBN Sabah pada 16 Februari 2026.
ย
Pelaksanaan BWI secara digital melalui MYIBJKM berjaya mempercepatkan penyaluran bantuan kepada mangsa bencana.
NADMA akan melaksanakan SLU BWI-MYIBJKM Siri Kedua di 106 daerah seluruh Malaysia termasuk Sabah bermula suku kedua 2026 dengan kerjasama JKM.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ผ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐ฟ๐๐ผ: ๐๐๐ผ๐๐ ๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฟ๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ (๐ฟ๐ฟ๐๐) ๐๐๐๐๐พ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐พ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐๐ฟ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ผ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐ฟ๐๐ผ: ๐๐๐ผ๐๐ ๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ ๐ฟ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฟ๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ (๐ฟ๐ฟ๐๐) ๐๐๐๐๐พ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐พ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐๐ฟ | ๐-๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Insp. Abdullah Ahmad Sobri sekali lagi mengetuai Pasukan SMART bersama-sama 12 orang ๐๐ถ๐ฃ๐ซ๐ฆ๐ค๐ต ๐๐ข๐ต๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐น๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ต๐ด (๐๐๐)sebagai Jurulatih kepada Pasukan DDPM Thailand dari seluruh wilayah Thailand.
ย
Kursus Kejurulatihan ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ ๐ฐ๐ง ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ด (๐๐ฐ๐) ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ฆ๐ฑ๐ข๐ณ๐ต๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ฐ๐ง ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ณ๐ฆ๐ท๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ช๐ต๐ช๐จ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (๐๐๐๐) ๐๐ง๐ง๐ช๐ค๐ฆ๐ณ๐ด ๐ฐ๐ฏ ๐๐ฎ๐ฆ๐ณ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ ๐๐ฆ๐ด๐ฑ๐ฐ๐ฏ๐ด๐ฆ ini dihadiri seramai 48 peserta bertempat di Pusat Latihan DDPM, Pathum Thani.
ย
Pasukan SMART memainkan peranan penting dalam memberikan latihan yang intensif kepada peserta dengan kepakaran khusus dalam bidang Urban Search and Rescue (USAR).
ย
Antara perkongsian Pasukan SME SMART kepada para peserta kursus adalah seperti ๐๐ข๐ด๐ฆ ๐ฐ๐ง ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (๐๐ฐ๐) ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ฑ, ๐๐ฐ๐ฑ๐ฆ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ, ๐๐ถ๐ต๐ต๐ช๐ฏ๐จ, ๐๐ณ๐ฆ๐ข๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฉ๐ฐ๐ณ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐ฅ๐ถ๐ญ๐ฆ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ฐ๐ญ๐ญ๐ข๐ฑ๐ด๐ฆ ๐๐ต๐ณ๐ถ๐ค๐ต๐ถ๐ณ๐ฆ.
ย
Selaku jurulatih SME di dalam kursus ini, Pasukan SMART diberi penghargaan oleh Ketua Pengarah DDPM Thailand, Mr. Teerapat Kutchamath yang hadir semasa majlis perasmian penutupan.
ย
Program seperti ini merupakan pertama kali dibuat di antara Pasukan SMART dengan Pasukan DDPM. Diharapkan kerjasama antara Malaysia dan Thailand akan berterusan sekali gus meningkatkan kapasiti dan kesiapsiagaan para penyelamat kedua-dua negara sebelum, semasa dan selepas dalam bencana.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
โAgensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang giat melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membantu menangani kesan cuaca panas dan penyusutan paras air di empangan-empangan utama.
ย
โBagi Zon Utara, operasi yang dilaksanakan semalam (13 Februari) dan diteruskan pada hari ini (14 Februari) memfokuskan kepada kawasan tadahan hujan di lokasi-lokasi strategik berikut:
ย
โ
Negeri Kedah:
โEmpangan Pedu: Berfungsi sebagai nadi utama pengairan padi dan bekalan domestik/industri.
ย
โEmpangan Muda: Bertindak sebagai empangan pengimbang di mana air takungannya disalurkan ke Empangan Pedu melalui Terowong Saiong.
ย
โEmpangan Ahning: Antara empangan utama bagi pelepasan air untuk kegunaan domestik dan industri.
ย
โ
Negeri Perak:
โEmpangan Bukit Merah: Kawasan sasaran penting bagi memastikan kestabilan pengairan padi di utara Perak.
ย
Empangan Temenggor : Berfungsi sebagai penjana kuasa hidroelektrik dan kawasan tadahan air bagi membekalkan air minuman domestik serta kepada sektor pertanian dan pengairan di kawasan hilir, khususnya di daerah Perak Tengah.
ย
โOperasi ini menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang.
โSemoga usaha bersepadu ini dapat membantu memulihkan simpanan air demi kesejahteraan rakyat, khususnya bagi sektor pertanian dan kegunaan domestik .
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฝ๐๐ ๐พ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐๐ฟ ๐๐๐๐ฟ๐๐๐พ๐ (๐ฝ๐พ๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฝ๐๐ ๐พ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐๐ฟ ๐๐๐๐ฟ๐๐๐พ๐ (๐ฝ๐พ๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐โ๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Empat orang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) iaitu DCP Datuk Mazli Mazlan, Encik Muhammad Ridzuan Zawawi, Lt. Col. Dr. Ajantha Segarmurthy dan Supt. Muhammad Rozhan Rosli telah menghadiri ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฐ๐ฑ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ต๐ณ๐ข๐ต๐ฆ๐จ๐ช๐ฆ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐๐น๐ข๐ฎ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฐ๐ง ๐๐ช๐ฐ ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ข๐ฎ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ฆ๐ฅ ๐๐ท๐ช๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐๐).
ย
Bengkel anjuran INTERPOL ini berlangsung selama 4 hari di Hilton Hotel Kuala Lumpur.
ย
Bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana khususnya ancaman biologi. Perbincangan turut memberi penekanan kepada cabaran serta strategi pengujian bahan bukti di lokasi kejadian dan makmal, selain menyentuh aspek perundangan, logistik dan teknikal yang berkaitan.
ย
Selain sesi ceramah dan forum, para peserta bengkel turut dibawa melawat ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, serta Animal Experimental Unit dan Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Lawatan ini memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami keupayaan analitikal, diagnostik dan peranan institusi dalam penyiasatan wabak serta penyelidikan berkaitan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
ย
NADMA turut berkongsi mengenai mekanisme pengurusan bencana negara berpandukan Arahan NADMA No. 1, khususnya dalam konteks Bencana Industri dan CBRNE.
ย
Pelbagai agensi kerajaan termasuk PDRM, KKM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia, Jabatan Veterinar, STRIDE, MIR serta wakil dari Universiti Malaya merupakan peserta bengkel ini.
