𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐃𝐑𝐑) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐃𝐑𝐑) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 | 𝟐 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menghadiri Sesi Libat Urus Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 dan Arahan Penyediaan Strategi Pengurangan Risiko Bencana Negeri serta Pelan Tindakan yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran).
Sesi ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dalam mendapatkan panduan penyediaan strategi dan khidmat nasihat secara langsung daripada NADMA sebelum strategi negeri mula dibangunkan. Sesi ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Sarawak dalam menyokong usaha mengurangkan risiko bencana dan ikhtiar membentuk Malaysia yang selamat dan berdaya tahan bencana.
Sesi ini turut dihadiri oleh para pegawai daripada Seksyen Mitigasi dan rakan strategik NADMA, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah selaku pelaksana projek rintis pembangunkan strategi negeri dan pihak NDRC, UMS selaku penggubal strategi negeri Sabah.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (𝐒𝐃𝐂𝐂) 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (𝐒𝐃𝐂𝐂) 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁) | 𝟐 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menghadiri Majlis Penyerahan State Disaster Command Centre (SDCC) di Sarawak. Majlis ini bertujuan merasmikan SDCC yang akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri bagi memantau kejadian-kejadian bencana di seluruh Negeri Sarawak dan seterusnya melaporkan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem DGIM.
Penubuhan SDCC ini bukan sahaja merupakan satu projek infrastruktur baharu, tetapi yang lebih penting adalah fungsi SDCC ini sebagai pusat kawalan utama yang akan memberi arahan dan menyelaras tindakan segera ketika berlaku bencana. Pemerkasaan fasiliti penyampaian maklumat ini secara langsung menyokong pencapaian Sasaran Utama 1 dan 2 Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, iaitu mengurangkan bilangan orang terjejas dan kerugian ekonomi akibat bencana.
Majlis ini turut disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.Turut hadir ialah YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Ketua-ketua Jabatan dan agensi Negeri Sarawak.
Selain itu, YBrs. Ketua Pengarah NADMA turut berkesempatan membuat lawatan ke tapak Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Sekolah Kebangsaan Beradek, Kuching, Sarawak bagi meninjau dan melihat sendiri perkembangan projek di tapak bina. Beliau turut diberi taklimat mengenai status semasa projek serta isu-isu yang berlaku di tapak oleh pasukan projek JKR Bahagian Kuching, JKR Sarawak.
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝙈𝙄𝘿𝘿𝙇𝙀 𝙋𝙇𝘼𝙉𝙉𝙄𝙉𝙂 𝘾𝙊𝙉𝙁𝙀𝙍𝙀𝙉𝘾𝙀 (𝙈𝙋𝘾) 𝙎𝙀𝘼𝙍𝘾𝙃 𝘼𝙉𝘿 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙀𝙓𝙀𝙍𝘾𝙄𝙎𝙀 (𝙎𝘼𝙍𝙀𝙓)𝙈𝘼𝙍𝙄𝙏𝙄𝙈𝙀 𝙈𝘼𝙎𝙎 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙊𝙋𝙀𝙍𝘼𝙏𝙄𝙊𝙉 (𝙈𝙈𝙍𝙊)𝐄𝐗 𝐋𝐈𝐌𝐁𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝙈𝙄𝘿𝘿𝙇𝙀 𝙋𝙇𝘼𝙉𝙉𝙄𝙉𝙂 𝘾𝙊𝙉𝙁𝙀𝙍𝙀𝙉𝘾𝙀 (𝙈𝙋𝘾) 𝙎𝙀𝘼𝙍𝘾𝙃 𝘼𝙉𝘿 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙀𝙓𝙀𝙍𝘾𝙄𝙎𝙀 (𝙎𝘼𝙍𝙀𝙓)𝙈𝘼𝙍𝙄𝙏𝙄𝙈𝙀 𝙈𝘼𝙎𝙎 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙊𝙋𝙀𝙍𝘼𝙏𝙄𝙊𝙉 (𝙈𝙈𝙍𝙊)𝐄𝐗 𝐋𝐈𝐌𝐁𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟑𝟏 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, DCP Datuk Mazli Mazlan telah mewakili NADMA ke Mesyuarat 𝘔𝘪𝘥𝘥𝘭𝘦 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘔𝘗𝘊) 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦(𝘚𝘈𝘙𝘌𝘟) 𝘔𝘢𝘳𝘪𝘵𝘪𝘮𝘦 𝘔𝘢𝘴𝘴 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯(𝘔𝘔𝘙𝘖) Ex Limbawan Tahun 2026 di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu dan Jeti APMM, Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah.
Sesi perbincangan ini bertujuan menyelaras Persiapan Latihan Simulasi Ops Limbawan SAREX 2026 melibatkan semua agensi dan syarikat GLC yang terlibat dan menangani isu-isu berbangkit berkaitan SOP, prosedur dan dasar-dasar yang melibatkan agensi terbabit agar latihan lancar dan pada status quo yang ditentukan dan melengkapkan plan strategik dan mengemaskinikan persiapan simulasi setiap agensi di Tapak Lapangan.
Melalui perbicangan ini Penyelarasan Manual Mencari dan Menyelamat Aeronautika dan Maritim Kebangsaan (NAMSAR) dan Arahan NADMA No.1 dapat dilaksanakan apabila elemen JPBD dan PKTK dipraktikan bagi melancarkan proses dekontimasi dan pengurusan mangsa-mangsa di zon Hijau oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan agensi terlibat seperti dalam Arahan NADMA No.1 dan membantu memperkasakan NAMSAR dari aspek pengurusan Bencana di Maritim.
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝘼𝙄𝙍𝙋𝙊𝙍𝙏 𝙁𝙄𝙍𝙀 & 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙎𝙀𝙍𝙑𝙄𝘾𝙀 (𝘼𝙁𝙍𝙎) 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝘼𝙄𝙍𝙋𝙊𝙍𝙏 𝙁𝙄𝙍𝙀 & 𝙍𝙀𝙎𝘾𝙐𝙀 𝙎𝙀𝙍𝙑𝙄𝘾𝙀 (𝘼𝙁𝙍𝙎) 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 | 𝟏𝟕 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Muhammad Hidayat Ismail, Pengurus Besar AFRS bersama pegawai kanan AFRS delegasi 𝘈𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘍𝘪𝘳𝘦 & 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘚𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦 (𝘈𝘍𝘙𝘚), 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘈𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵𝘴 𝘏𝘰𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴 𝘉𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥 (𝘔𝘈𝘏𝘉) bertempat di Bilik Mesyuarat Aur Gading, Aras 7, NADMA.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan Bengkel Pengurusan Bencana Udara Malaysia 2026, pelaksanaan Latihan Bersama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) 2026, serta potensi penglibatan AFRS dalam program, kursus dan latihan anjuran NADMA.
Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana negara, khususnya dalam aspek tindak balas kecemasan berkaitan penerbangan.
𝐏𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐋𝐈𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟔 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sebagai simbolik kepada permulaan promosi dan persediaan penganjuran Resilient Asia 2026, Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menyempurnakan sesi 𝘧𝘭𝘢𝘨-𝘰𝘧𝘧 kenderaan agensi-agensi responder yang akan menyertai pameran aset dan jentera pengurusan bencana. Beliau turut menampal pelekat kenderaan sebagai inisiatif promosi bergerak bagi meningkatkan hebahan dan kesedaran mengenai penganjuran Resilient Asia 2026 Exposition and Forum kepada masyarakat.
Ketua Pengarah NADMA turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Resilient Asia 2026 Exposition and Forum bagi memperkemas status persediaan penganjuran program Resilient Asia 2026 sekaligus memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara bersepadu.
Penganjuran Resilient Asia 2026 dijangka menjadi platform penting dalam memperkasa agenda kesiapsiagaan dan pengurangan risiko bencana di peringkat serantau
