PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

BENGKEL PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN ASET TAK ALIH KERAJAAN AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) TAHUN 2026
 
NADMA telah mengadakan Bengkel Penerimaan Dan Pendaftaran Aset Tak Alih Kerajaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tahun 2026 dengan kerjasama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia (CPAB JKR) pada 27 - 29 Januari 2026 di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan. Para peserta bengkel terdiri daripada wakil dari pasukan SMART, Seksyen Teknikal dan Infrastruktur, Seksyen Logistik, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, MYCEDM dan NDCC.
 
Hasil daripada bengkel ini telah dapat mengukuhkan pengetahuan para peserta mengenai Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) dan tadbir urus PATA. Selain itu, di dalam bengkel ini juga para peserta turut mempelajari aktiviti penerimaan aset bagi Pusat Simulasi Bencana yang telah selesai dibina.
 
Di akhir bengkel ini, para peserta berjaya membuat pendaftaran aset tak alih kerajaan kepada 3 premis iaitu:
1. Premis milikan di Markas SMART;
2. Premis tumpang di Setia Perkasa 5, Putrajaya; dan
3. Premis tumpang di Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Sungai Buloh.
 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana).
Previous Next

PENCERAMAH JEMPUTAN BAGI KURSUS STAF DAN TAKTIK GRED 2 SIRI 1/2026 DI AKADEMI TENTERA DARAT, PORT DICKSON DAN KURSUS CIVIL- MILITARY COOPERATION (CIMIC) STAFF DAN OPERATOR SIRI 2/2026 DI PUSAT PENGAMAN MALAYSIA, PORT DICKSON | 29 JANUARI 2026
 
NADMA sentiasa memperkukuh kerjasama strategik bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.
 
Che Siti Noor Koh Poh Lee, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput untuk membuat perkongsian mengenai Arahan NADMA No. 1 dan peranan ATM dalam operasi bantuan bencana.
 
Seramai 60 orang peserta Kursus Staf Dan Taktik Gred 2 Siri 1/2026 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson. Manakala bagi Kursus Civil- Military Cooperation (CIMIC) Staff Dan Operator Siri 2/2026 Di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson pula disertai oleh 24 pegawai tentera yang bakal menyertai misi pengaman PBB, termasuk kehadiran 2 pegawai pemerhati daripada Canadian Armed Forces.
 
Antara aspek perkongsian adalah mengenai dasar dan mekanisme bantuan kemanusiaan dan bencana di Malaysia, serantau dan antarabangsa sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan yang kompleks, memahami sensitiviti budaya dan kod etika yang perlu dipatuhi oleh ketika bertugas di luar negara berdasarkan pengalaman menguruskan misi USAR Pasukan SMART (MAS01) ke Turkiye dan Myanmar.
Previous Next

PASUKAN SMART KONGSI KEPAKARAN BERSAMA PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BIDOR | 30 JANUARI 2026
 
Seramai 6 orang jurulatih berpengalaman Pasukan SMART yang diketuai oleh Inspektor Abdullah Ahmad Sobri telah dijemput untuk berkongsi kepakaran kepada seramai 21 pegawai dan anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor yang merupakan peserta Kursus Asas Mencari dan Menyelamat. Kursus ini telah dilaksanakan bermula dari 26 hingga 30 Januari 2026 bertempat di Kem Pasukan Gerakan Am, Bidor.
 
Penganjuran kursus ini bukan sahaja untuk memperkukuh kemahiran individu, malah turut meningkatkan tahap koordinasi dan kecekapan pasukan dalam melaksanakan tugasan di lapangan. Para peserta didedahkan kepada latihan teori dan praktikal yang merangkumi asas-asas operasi mencari dan menyelamat, keselamatan diri, kerja berpasukan serta prosedur operasi standard.
 
Diharapkan perkongsian pengalaman yang dibuat oleh Pasukan SMART dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota PGA dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat, khususnya ketika berhadapan dengan situasi kecemasan dan bencana.
Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT UNIT PENGURUSAN BENCANA NEGERI, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA KETUA PENGARAH NADMA | 30 JANUARI 2026
 
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Unit Pengurusan Bencana Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Encik Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir hari ini.
 
Ketua Pengarah telah mendengar pembentangan daripada Dr. Khamarrul Azahari Razak - Felo Penyelidik Kanan, Disaster Preparedness & Prevention Centre (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenai laporan akhir punca insiden kebakaran letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang Jaya.
 
Di dalam sesi ini turut membincangkan cadangan penambahbaikan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana sedemikian sentiasa berada pada tahap optimum di semua peringkat.
 
Turut hadir semasa sesi kunjungan ini adalah Tuan Haji Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana), Tuan Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir Md Naziri, Pengarah Seksyen Mitigasi, Tuan Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan dan Tuan PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
 
Previous Next

KURSUS DEEPENING PERSPECTIVE ON MALAYSIA DEFENCE STRATEGY | 29 JANUARI 2026
 
DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Supt. Muhammad Rozhan Rosli mewakili NADMA ke Kursus Deepening Perspective On Malaysia Defence Strategy yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 27 hingga 29 Januari 2026 di Hotel Continental Kuala Lumpur.
 
Kursus anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia dengan kerjasama Institute Security Governance (ISG) Amerika Syarikat ini bertujuan untuk meneroka perseptif pelan strategi pertahanan negara melibatkan kewaspadaan terhadap ruang udara, daratan dan perairan negara. Pendedahan perspektif pelan strategi Amerika Syarikat turut dijelaskan oleh penceramah dari ISG.
 
Kursus ini amat penting kerana pelan strategi pertahanan negara turut mengambil berat peranan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dan HADR yang dilaksanakan bersama NADMA dalam hala tuju pengurusan bencana negara.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search