𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 (𝐁𝐊𝐍) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 (𝐁𝐊𝐍) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟐 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) telah mengetuai delegasi NADMA bagi mengadakan perbincangan dan lawatan tapak bagi persediaan penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2026 di Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak.
Sesi perbincangan ini dipengerusikan secara bersama Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, Cik Nuruljaswa Abd. Hamid serta dihadiri oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Lawatan tapak dibuat bagi meninjau kesesuaian lokasi bagi setiap pengisian program dan aktiviti yang akan diadakan semasa BKN 2026 pada bulan Oktober nanti.
Hari ketiga pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) hari ini memberi tumpuan kepada kawasan di Negeri Johor melibatkan 7 lokasi iaitu Empangan Machap, Empangan Upper Layang, Empangan Seluyut, Empangan Lebam, Empangan Linggiu, Loji Rawatan Air Lok Heng dan Loji Rawatan Air Gembut. Pesawat TUDM membawa muatan 6,000 liter larutan garam dan operasi bermula pada jam 4.10 petang.
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 4.30 petang di kawasan sasaran. Pelaksanaan OPA pada hari ketiga juga mencapai matlamat dan berjaya menurunkan hujan di kawasan sasaran.
Hari kedua pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) hari ini memberi tumpuan kepada kawasan empangan di Negeri Melaka melibatkan 3 buah lokasi iaitu Empangan Durian Tunggal, Jus dan Asahan. Pesawat TUDM membawa muatan 6,000 liter larutan garam dan operasi bermula pada jam 1.17 petang.
Operasi hari ini turut disertai oleh YB Datuk Haji Rais Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka untuk melihat sendiri kaedah pelaksanaan pembenihan awan yang dilakukan oleh Pasukan Teknikal MET Malaysia dan juga anggota TUDM. Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 3.00 petang di kawasan sasaran. Pelaksanaan OPA pada hari kedua ini berjaya membantu pembentukan awan sekaligus menurunkan hujan di kawasan sasaran.
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 | 𝟐𝟎 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sekali lagi menyelaras pelaksanaan 4 siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) bermula hari ini sehingga 23 April 2026 bertumpu di Negeri Melaka dan Johor.
YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Pengangkutan Negeri Melaka turut menyertai dan menyaksikan pelaksanaan OPA hari ini.
Kawasan sasaran adalah di lapan (8) buah empangan dan dua (2) Loji Rawatan Air (LRA). Kesinambungan operasi ini adalah sangat perlu memandangkan paras simpanan air di kawasan empangan ini masih berada pada tahap waspada.
𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐂𝐁𝐑𝐍𝐄 (𝐄𝐗-𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈) 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 | 𝟏𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Satu Latih Amal melibatkan Bencana CBRNE telah dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PETRONAS Gas Berhad dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Latih amal ini yang dinamakan 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗞𝗶𝗺𝗶𝗮, 𝗕𝗶𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶, 𝗥𝗮𝗱𝗶𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶, 𝗡𝘂𝗸𝗹𝗲𝗮𝗿 & 𝗟𝗲𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 (𝗘𝗫-𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜) 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝟮𝟬𝟮𝟲 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Latihan ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi berkepentingan yang memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, dan turut diiringi oleh YB Dato' Seri Haji Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Mewakili pihak NADMA diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) NADMA dan turut disertai oleh pegawai dari Seksyen Pelaksanaan Operasi, Seksyen Penyelarasan Operasi dan Seksyen Mitigasi NADMA.
Objektif utama latihan simulasi ini adalah untuk menguji garis panduan kecemasan/bencana, meningkatkan keupayaan komunikasi dan koordinasi inter agensi, serta menilai tahap kesiapsiagaan semua pihak termasuk komuniti selaras dengan Arahan NADMA No.1 bagi menghadapi insiden letupan paip gas.
Antara agensi utama yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain agensi responder, teknikal dan bantuan . Semua agensi termasuk pihak Petronas telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan objektif latih amal dapat dicapai.
