ππππ ππππππππ πππππππππ ππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
HARI TERAKHIR RESILIENT ASIA 2026 | 26 APRIL 2026
Β
Β
Lebih meriah kehadiran pengunjung sekitar pagi tadi di Pameran Resilient Asia 2026. Pelbagai goodies menarik yang disediakan di reruai pempamer yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif untuk dibawa pulang.
Β
Tinggal 5 jam terakhir sebelum pameran Resilient Asia 2026 melaburkan tirainya. Jom beramai- ramai datang ke WTCKL sekarang.
ππππ πππππ πππππππππ ππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
HARI KEDUA RESILIENT ASIA 2026 | 25 APRIL 2026
Β
Β
Suasana kemeriahan kehadiran pengunjung ke Pameran Resilient Asia 2026. Orang ramai mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai aset dan jentera serta teknologi terkini yang digunakan dan diaplikasikan dalam pengurusan bencana dari aspek makanan, peralatan, data raya dan sebagainya.
Β
Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman situasi bencana di zon imersif serta menyaksikan ketangkasan Pasukan SMART membuat demonstrasi penyelamatan.
Β
YDH DCP Datuk M.V. Srikumar a/l Madhavan Nair, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am / Krisis Bencana) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) turut hadir memberi sokongan di program ini.
Β
Jangan lepaskan peluang anda untuk menimba ilmu kesiapsiagaan bencana secara βedutainmentβ di Resilient Asia 2026.
Jom bawa keluarga dan kawan-kawan, esok adalah hari terakhir. Pameran dibuka pada jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
ππππππππππππ πππ ππππ πππππ πππ πππππππ ππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PERBINCANGAN DUA HALA NADMA DAN EMERCOM OF RUSSIA | 24 APRIL 2026
Β
Β
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar telah mengadakan sesi perbincangan dua hala bersama wakil kedutaan Persekutuan Russia di Malaysia, Mr. Aleksei A. Salnikov serta pasukan Far Eastern Regional Search and Rescue (RUS-03), EMERCOM of Russia.
Β
Perbincangan memberi fokus kepada pemuktamadan Memorandum of Understanding (MoU) dalam pengurusan bencana antara Kerajaan Malaysia dan EMERCOM of Russia, di samping meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan kapasiti pegawai pengurusan bencana.
Β
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama melibatkan latihan bersama, simulasi bencana serta perkongsian amalan terbaik antara Pasukan SMART dan Pasukan RUS-03.
Delegasi dari Persekutuan Russia turut hadir ke Pameran Resilient Asia 2026 dan membuat perkongsian pembentangan mengenai pengurusan banjir di Russia.
πππππππππ ππππ ππππ π ππππ: ππππππππ πππππππ πππ ππππ πππππππ πππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
RESILIENT ASIA 2026 FORUM: DISASTER THROUGH OUR EYES BERSAMA MURID SEKOLAH | 25 APRIL 2026
Β
Β
Resilient Asia 2026 hari ini telah menganjurkan sesi khas βDisaster Through Our Eyesβ, sebuah forum interaktif yang memberi ruang kepada murid untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan idea berkaitan keselamatan sekolah, kesiapsiagaan bencana serta pembinaan komuniti yang lebih berdaya tahan.
Β
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim turut hadir menyaksikan sesi perkongsian forum pada petang ini yang turut dihadiri oleh wakil Kementerian Pendidikan dan UNICEF Malaysia.
Antara pengisian menarik di forum ini termasuk Ignite Talks, persembahan murid bertemakan pengurangan risiko bencana, perbincangan panel serta aktiviti interaktif bersama peserta.
Β
Sesi ini membuktikan suara generasi muda amat penting dalam membentuk masa depan pengurusan bencana negara sebagai agen perubahan agenda pengurusan bencana negara. Pendedahan awal, pendidikan kesedaran bencana serta penglibatan aktif golongan muda mampu mencorakkan masa depan bandar yang lebih selamat dan mampan.
πππππππππ ππππ ππππ π ππππ: ππππππππ ππππ ππππππππππ ππ πππππ ππππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
RESILIENT ASIA 2026 FORUM: DISASTER RISK MANAGEMENT IN URBAN COMPLEXITY | 25 APRIL 2026
Β
Β
Hari ini di Pameran Resilient Asia 2026 telah berlangsung sesi forum pertama bertajuk βDisaster Risk Management in Urban Complexityβ yang dikordinasikan oleh Ts. Gs. Dr. Rabieahtul Abu Bakar, Ketua Program Pengurusan Bencana, Sekolah Kepimpinan dan Pengurusan, ELMU University.
Β
Antara fokus utama perbincangan:
β’ Cabaran semasa dalam pengurusan risiko bencana di persekitaran bandar
β’ Integrasi strategi ketahanan sosio-ekonomi dan alam sekitar
β’ Perkongsian ilmu dalam kalangan pakar dan pihak berkepentingan
β’ Kerjasama rentas sektor ke arah kelestarian bandar
Β
Forum ini menjadi platform penting yang menghimpunkan pembuat dasar, ahli akademik, pakar industri dan pengamal untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik serta meneroka penyelesaian inovatif dalam memperkukuh daya tahan bandar.
