πππππππ ππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππππππππ, ππππππ ππππππππ πππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LAWATAN BERPANDU KEPADA DELEGASI ANTARABANGSA, AGENSI KERAJAAN DAN MEDIA | 23 APRIL 2026
Β
Β
Hari pertama Resilient Asia 2026 dibuka kepada orang ramai dimulakan dengan aktiviti lawatan berpandu khas melibatkan delegasi antarabangsa seperti Qatar, Persekutuan Russia dan Timor-Leste, agensi kerajaan dan media yang diketuai oleh YBhg. Datuk Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
Β
Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi melihat dengan lebih dekat inovasi, teknologi dan amalan terbaik dalam pengurusan risiko bencana yang dipamerkan di platform serantau berprestij ini termasuk demonstrasi daripada Pasukan SMART mempamerkan ketangkasan mengendalikan operasi penyelamatan semasa bencana.
Β
Orang ramai dijemput hadir ke Resilient Asia 2026 untuk menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai pengurusan bencana, meningkatkan kesedaran risiko serta memupuk kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Β
Berbaki 2 hari lagi..Jadi jangan lepaskan peluang anda!
πππππππππ ππ πππ ππππππ ππππππ (πππ) ππππππ πππππ ππππ ππππ/ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MESYUARAT AFTER ACTION REVIEW (AAR) MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026 | 24 APRIL 2026
Β
Β
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat After Action Review (AAR) Monsun Timur Laut 2025/2026 yang dihadiri oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, agensi tindak balas, agensi teknikal serta pengarah-pengarah seksyen NADMA.
Β
Mesyuarat ini membincangkan serta menilai semula keberkesanan gerak kerja sepanjang musim MTL yang bermula dari 13 November 2025 hingga 28 Mac 2026. Perbincangan turut memberi fokus kepada trend anjakan bencana ke Sabah dan Sarawak yang menyumbang kira-kira 32% daripada keseluruhan kejadian bencana, walaupun jumlah mangsa menurun 58% berbanding tahun sebelumnya.
Β
Melangkah ke hadapan, NADMA akan terus memperkasa pendekatan Digital Disaster Management melalui penggunaan AI, dron pemantauan dan pemerkasaan State Disaster Control Centre (SDCC), selaras usaha mempercepat rantaian arahan serta mempertingkat kesiapsiagaan negara hingga ke peringkat akar umbi.
ππππππ πππππππππ πππππππππ ππππ ππππ ππππππππππ πππ π ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππ πππππππππ πππππππππ ππππ ππππ ππππππππππ πππ π
ππππ | ππ πππππ ππππ
Β
Timbalan Perdana Menteri, YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Resilient Asia 2026 Exposition and Forum hari ini.
Β
Sebagai penganjuran sulung pada skala antarabangsa, Resilient Asia 2026 memberi tumpuan kepada pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam mempertingkat keupayaan ramalan, mempercepat tindak balas kecemasan serta latihan kesiapsiagaan pasukan penyelamat.
Β
Bertemakan βPendayagunaan AI Dalam Memacu Pengurusan Bencana Ke Arah Komuniti Berdaya Tahanβ, program ini menghimpunkan pakar antarabangsa, agensi teknikal, agensi tindak balas, peneraju teknologi dan pemain industri dari rantau Asia dalam satu platform strategik yang memfokuskan kepada transformasi pengurusan bencana berasaskan teknologi.
Hari terakhir pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) hari ini sekali lagi memberi tumpuan kepada 5 lokasi empangan iaitu Empangan Machap, Empangan Upper Layang, Empangan Seluyut, Empangan Lebam, Empangan Linggiu dan 2 Loji Rawatan Air (LRA) iaitu di LRA Lok Heng dan LRA Gembut. Pesawat TUDM membawa muatan 6,000 liter larutan garam dan operasi bermula pada jam 2.00 petang dan selesai pada jam 3.44 petang.
Β
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 2:30 petang di kawasan sasaran.
Β
4 siri OPA yang dilaksanakan di kawasan selatan semenanjung ini diharapkan dapat membantu meningkatkan paras air di empangan dan kawasan tadahan air supaya bekalan air untuk kegunaan baik domestik, industri mahupun pertanian sentiasa mencukupi.
ππππππππ πππππππ πππππππ πππππππππ ππ ππππππππ, πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππ πππππππ πππππππ πππππππππ ππ ππππππππ, πππππ | ππ πππππ ππππ
Β
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengadakan tinjauan di kawasan kebakaran besar di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, Sabah.
Β
Sekretariat JPBD, Pegawai APM Daerah Sandakan telah memberikan taklimat situasi pengurusan dan pengoperasian bencana di Pusat Pemindahan PPR Dewan Batu Sapi.
Β
Seramai 385 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 1,912 mangsa warganegara dan bukan warganegara didaftarkan.
Β
Ketua Pengarah NADMA membuat lawatan ke 4 buah PPS iaitu di SK Gas, SK Kg Bahagia, SMK Batu Sapi dan SK Karamunting. Beliau turut melihat sendiri kawasan tapak kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
Ketua Pengarah NADMA turut mengiringi YAB Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah semasa menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di PPS. YAB PM telah mengumumkan bantuan Kerajaan Persekutuan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 dari NADMA kepada KIR yang terlibat.
Β
Diharapkan melalui sokongan bantuan kewangan ini dapat meringankan beban keluarga yang ditimpa musibah.
