PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

2 maut, 3 lagi masih hilang

Dua maut tertimbus manakala tiga lagi hilang dalam insiden tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands awal pagi semalam.

Mangsa pertama dikenali sebagai Haphey, 36, ditemui pada jam 3 pagi, manakala satu lagi mayat mangsa ditemukan pada jam 12.05 tengah hari.

Semua mangsa adalah warga Myanmar yang tinggal di rumah kongsi di cerun kebun sayur di situ dikenali Shing Lan Har, 56; Shing Aung, 39; Om Myue, 38; Haphey, 36, dan Thang Moung, 25.

Sehingga jam 5 petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) termasuk Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Unit Anjing Pengesan K9, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih meneruskan pencarian tiga lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli, berkata mangsa kedua kejadian ditemui jam 12.05 tengah hari.

Katanya mangsa lelaki ditemui tertimbus pada kedalaman kirakira dua meter dan kira-kira 10 meter daripada tapak asal rumah kongsi bagi pekerja di kawasan kebun sayur di situ.

Pasukan SAR menghadapi cabaran dalam operasi memandangkan kawasan itu turut mengalami beberapa lagi runtuhan tanah di sepanjang jalan kecil yang menghubungkan antara Pusat Kawalan Bomba (PKB) dengan lokasi kejadian.

Terputus hubungan

“Hasil pemeriksaan mendapati (jalan) untuk ke tempat kejadian terputus hubungan dan memerlukan kenderaan pacuan empat roda (4X4) untuk ke lokasi kejadian, tetapi (sekarang) menaiki 4x4 pun tak boleh lalu sebab ada beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku di dalam perjalanan untuk ke tempat kejadian,” katanya pada sidang media di PKB berkenaan semalam.

Hadir sama Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor.

Runtuhan di kawasan kebun sayur itu membabitkan ketinggian 80 meter dari kaki bukit dengan tapak lokasi rumah pekerja yang tertimbus berada pada kedudukan 40 meter dari kaki bukit. Anggaran kecerunan bukit runtuhan adalah antara 35 hingga 40 darjah.

Kata Azri lagi, kesukaran operasi menyelamat juga ialah tidak dapat membawa jentera berat untuk ke lokasi terbabit, selain faktor cuaca yang masih hujan hingga mengundang risiko runtuhan susulan.

“Walaupun cuaca hujan dan takut akan tanah runtuh lagi, namun operasi sehingga kini tetap diteruskan dalam keadaan pasukan yang sentiasa mengambil langkah waspada dan berjaga-jaga sekiranya berlaku pagi runtuhan kali kedua (susulan),” katanya.

Sementara itu Ismail berkata, kawasan pencarian mangsa dibahagikan kepada empat sektor membabitkan keluasan sepanjang 50 meter.

Operasi pencarian dilakukan dengan kekuatan seramai 120 orang terdiri dari pelbagai agensi dan juga termasuk kira-kira 20 rakan mangsa yang turut bekerja di kebun berkenaan.

Mangsa banjir meningkat kepada 3,323

Daerah Besut yang menempatkan 686 mangsa, Dungun (lima PPS, 576 mangsa), Hulu Terengganu (lima PPS, 316 mangsa) dan Setiu (enam PPS, 182 mangsa).

Menurut laporan bencana itu, terdapat tiga PPS yang diaktifkan di Kota Tinggi, Johor bagi melindungi 262 orang daripada 60 keluarga berbanding 192 orang daripada 42 keluarga malam kelmarin.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 836 orang daripada 257 keluarga yang berada di 15 PPS termasuk Tanah

Merah (tujuh PPS, 242 mangsa), Kuala Krai (lima PPS, 226 mangsa), Pasir Puteh (dua PPS, 350 mangsa) dan sebuah PPS di Machang menempatkan 18 mangsa.

Jumlah mangsa banjir di Pahang juga tidak berubah iaitu 836 orang daripada 257 keluarga sejak malam kelmarin yang berlindung di sebuah PPS di daerah Kuantan.

Dalam pada itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya di Terengganu, Pahang,

Johor, Kedah, Perlis, Selangor dan Sabah.

Di Terengganu, sungai terlibat ialah Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Sungai Dungun dan Sungai Besut, manakala di

Pahang membabitkan Sungai Pahang (Pekan, Kuantan, Raub, Maran dan Cameron Highlands) serta Sungai Rompin.

Turut berada pada paras bahaya ialah Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor) serta Sungai Sarang Buaya, Sungai Muda dan Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Arau (Perlis), Sungai Klang, Petaling (Selangor) dan Sungai Kinabatangan (Sabah).

NADMA turut memaklumkan 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak, jalan dan cerun runtuh, antaranya di Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor; Lebuhraya Kuantan-Segamat (Lebuhraya Tun Razak) di Pekan, Pahang dan Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor.

TERTIMBUS KETIKA TIDUR

Anggota penyelamat perlu berjalan kaki kira-kira tiga kilometer Ismail

Dua maut manakala tiga lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima zon tengah.

Katanya, anggota penyelamat perlu berjalan kaki kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke tempat berkenaan.

“Terdapat dua buah rumah pekerja yang terbabit dalam runtuhan itu, di mana mangsa pertama dijumpai di sektor C manakala mangsa kedua dijumpai di sektor B, yang mana berdasarkan skala itu fokus pencariannya lebih kepada sektor B dan C," katanya.

Operasi pencarian dilakukan dengan kekuatan seramai 120 orang terdiri dari pelbagai agensi dan juga termasuk kira-kira 20 rakan mangsa yang turut bekerja di kebun berkenaan.“

Mangsa banjir di Kelantan, Pahang menurun

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kelantan dan Pahang petang ini tetapi beberapa sungai masih berada pada paras bahaya.

Di Kelantan, masih ada 544 mangsa banjir setakat 5 petang ini berbanding 880 orang pagi tadi.

Semua mangsa membabitkan 150 keluarga itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, manakala tiga PPS termasuk di Machang ditutup hari ini.

Tiga daerah dilanda banjir ialah Pasir Puteh, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, tiga sungai melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 9.98 meter (m), diikuti Sungai Kelantan di Air Mulih, Pasir Mas (10.92m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.16m).

Di Kuantan, mangsa banjir di Pahang menurun kepada 477 orang daripada 204 keluarga di daerah ini dan Rompin setakat jam 4 petang ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, Kuantan ada 468 mangsa daripada 202 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing.

Di Rompin pula membabitkan satu PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Bukit Ibam yang menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, empat sungai di Pahang melepasi paras bahaya pada jam 4 petang ini, iaitu Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di Kuantan; Sungai Rompin, di Jambatan Kuantan-Segamat, Rompin; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, Sungai Mentiga di Jambatan Chini, Pekan.

Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan petang ini

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor berkurangan kepada 3,432 orang yang berlindung di 46 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 3,737 orang, setakat 4 petang ini.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Terengganu petang ini sedikit berkurang kepada 1,990 orang daripada 534 keluarga berbanding 2,037 orang daripada 551 keluarga.

 

Sejumlah 26 PPS beroperasi di empat daerah di negeri itu merangkumi 11 PPS di Besut dengan 639 mangsa, enam PPS di Dungun (953 mangsa), lima PPS di Setiu (99 mangsa) dan empat PPS di Hulu Terengganu (299 mangsa).

Di Kelantan, 14 PPS direkodkan di tiga daerah melibatkan enam PPS di Kuala Krai dengan 270 mangsa, tujuh PPS di Tanah Merah (279 mangsa) dan sebuah PPS di Pasir Puteh (28 mangsa).

Situasi semasa banjir di Pahang pula mencatatkan dua PPS beroperasi di dua daerah iaitu sebuah PPS di daerah Kuantan yang menempatkan 468 mangsa dan sebuah PPS di Rompin dengan sembilan mangsa.

Di Johor, terdapat sebuah PPS baru diaktifkan di daerah Mersing yang menempatkan 167 mangsa petang ini selain tiga PPS sedia ada yang beroperasi di daerah Kota Tinggi dengan 221 mangsa direkodkan.

Tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, Nadma mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Antara sungai terlibat ialah Sungai Johor di daerah Kota Tinggi; Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah); Sungai Golok di Pasir Mas (Kelantan); Sungai Rompin (Pahang); Sungai Arau (Perlis); Sungai Kinabatangan (Sabah); Sungai Klang di Petaling (Selangor); dan Sungai Dungun (Terengganu).Nadma turut memaklumkan 39 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya di Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang; dan Jalan Johor Bahru-Endau di Kota Tinggi, Johor. - Bernama

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search