PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Program Insarag External Reclassification (IER) 2026 | 15 hingga 18 Julai 2025 | Hotel Royale Chulan, Cherating, Pahang
 
Telah berlangsung sesi Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Program IER 2026 yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA. Mesyuarat ini bertujuan untuk memuktamadkan dokumen Comprehensive Portfolio of Evidence (CPoE) sebagai dokumen pembuktian aktiviti SMART dalam proses IER serta memuktamadkan Perintah Tetap Operasi Pasukan SMART ke luar negara yang dikemaskini agar selari dengan praktis semasa.
 
Selain itu, ia juga melengkapkan Modul Latihan USAR SMART NADMA mengikut komponen management, search, rescue dan logistics sebagai rujukan penguji dan keseragaman teknik latihan para jurulatih Pasukan SMART. Program ini telah berjaya menghasilkan dokumen-dokumen yang melibatkan komponen management, search, rescue dan logistics serta dokumen CPoE bagi menuju ke arah IER SMART 2026.
Previous Next

Bengkel Pengemaskinian Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Letupan (CBRNE) | 14 hingga 18 Julai 2025
 
Telah berlangsung Bengkel Pengemaskinian Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Letupan (CBRNE) yang diadakan di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras. Bengkel ini bertujuan untuk menambah baik serta menghasilkan buku panduan yang lebih terperinci, informatif dan selaras dengan perkembangan semasa berkaitan ancaman CBRNE.
 
Ini bagi memudahkan Pegawai Penyiasat (IO) melaksanakan penugasan dengan lebih teratur bermula dari proses tinjauan awal sehinggalah kepada proses pelupusan. Bengkel ini telah disertai oleh pelbagai agensi pakar dalam CBRNE. Wakil daripada NADMA yang turut hadir dalam bengkel ini ialah Mej. Wazirudin bin Mahfot dari Seksyen Penyelarasan Operasi.
Previous Next

18 Julai 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Perak Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat SMART, Pulau Meranti, Puchong, Selangor.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil seksyen dalaman NADMA dan wakil daripada Pejabat SUK Negeri Perak, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Pengurusan Sumber Air (LPSA) Perak dan IADA Perak.
 
Antara objektif mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan status terkini Empangan Bukit Merah, Perak dan mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan OPA di kawasan tersebut sebagaimana permohonan oleh pihak SUK Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA.
Previous Next

Lawatan Penanda Aras Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dan Majlis Pembangunan & Keselamatan Kampung (MPKK) Negeri Perlis ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) | 18 Julai 2025 | Bilik Operasi, NDCC
 
Telah berlangsung lawatan penanda aras ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai pengoperasian NDCC sebagai rujukan dalam penubuhan State Disaster Command Centre (SDCC) di Negeri Perlis.
 
Lawatan ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan BPD, Pejabat SUK Negeri Perlis serta wakil MPKK. Delegasi ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Yasser bin Mohd Hadzir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pentadbiran Daerah SUK Perlis.
 
Sesi taklimat operasi telah dikendalikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan bersama pegawai-pegawai NDCC. Turut hadir ialah Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Teknikal dan Infrastruktur NADMA.
Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan Akhir Berhubung Pelaksanaan Final Acceptance Test (FAT) bagi Perolehan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Sarawak | 17 Julai 2025 | Bilik Mesyuarat Tingkat 19, Wisma Bapa, Kuching, Sarawak
 
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Akhir Berhubung Pelaksanaan FAT bagi Perolehan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) NADMA yang dipengerusikan oleh YBhg. Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. Wakil NADMA yang hadir ialah YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); YBrs. Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Ezrin Rozani bin Rosli, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Logistik.
 
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras persiapan akhir bagi FAT yang akan diadakan pada 29 Julai hingga 7 Ogos 2025 dan juga Majlis Penyerahan Rasmi Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) Sarawak yang akan diadakan pada 5 Ogos 2025 dan akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak. Turut hadir adalah wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, wakil Lembaga Pelabuhan Kuching dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang terlibat dalam pengurusan bencana negeri.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search