PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir di Sarawak bertambah buruk

Banjir di Sarawak bertambah buruk

KUCHING : Situasi banjir di Sarawak bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir naik kepada 10,215 orang membabitkan 2,865 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga lagi PPS menempatkan 169 mangsa tanah runtuh di Miri dan Tatau manakala satu PPS menempatkan 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.

Berikutan peningkatan jumlah mangsa itu juga, jumlah PPS yang aktif di seluruh Sarawak kini meningkat sebanyak 62 dan menempatkan mangsa seramai 10,215 orang daripada 2,865 keluarga.

Daripada 58 PPS mangsa banjir, Serian masih mencatat jumlah tertinggi dengan 19 PPS, Bintulu (9), Kuching (4), Samarahan (12) dan Miri (9) dan Sibu (5).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di seluruh negeri ini, hari ini.

Lapan bahagian iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sarikel (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis) kini dalam kategori merah iaitu amaran bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku.

Enam bahagian pula berada dalam amaran kategori jingga apabila diramal hujan lebat berterusan dijangka berlaku iaitu Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi).

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search