PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat selepas Jumaat

Banjir: Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat selepas Jumaat

SIBU - Majlis Islam Sarawak (MIS) mengarahkan semua masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat di seluruh Sarawak untuk melaksanakan Solat Hajat Bencana Banjir selepas solat fardu Jumaat hari ini.

Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.

Arahan itu dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh semalam yang ditandatangani oleh Setiausaha MIS Mual Suaud, dan diedarkan kepada semua pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di seluruh Sarawak.

Pekeliling tersebut menyatakan bahawa Majlis Islam Sarawak menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap bencana banjir yang sedang melanda Sarawak, khususnya di Bahagian Serian, Bintulu, dan Miri, yang telah menjejaskan kehidupan penduduk serta menyebabkan kerosakan harta benda.

Setakat pagi Jumaat, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan bahawa jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga.

Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 4,021 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti daerah Serian dengan 1,886 mangsa daripada 602 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS. - Bernama

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search