Sesi Libat Urus NADMA bersama Kerajaan Negeri Johor Tahun 2025 | 2 Julai 2025 | Bilik Gerakan, Aras 1 Bangunan Dato’ Jaafar Iskandar Puteri, Johor
Sesi libat urus ini adalah langkah penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana di negeri Johor melalui pemantauan yang lebih rapi dan penyelarasan antara agensi.
Kunjungan Hormat Pengarah SPKS serta Pengarah STI atas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI) atas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | 2 Julai 2025
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat yang diadakan di Bangunan Dato’ Jaafar Iskandar Puteri, Johor. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pengurusan bencana dan penambahbaikan pengurusan bencana di negeri Johor. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah SPKS dan Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah STI.
Kunjungan Hormat Pengarah SPKS serta Pengarah STI atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI) atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka | 1 Julai 2025
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat yang diadakan di Kompleks Seri Negeri. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pengurusan bencana dan penambahbaikan pengurusan bencana di negeri Melaka. Sesi ini turut dihadiri oleh Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah SPKS dan Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah STI.
Sesi Libat Urus NADMA bersama Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2025 | 1 Julai 2025 | Bilik Mesyuarat Tun Fatimah, Aras Bawah, Blok Bentara, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
Sesi libat urus ini adalah langkah penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana di negeri Melaka melalui pemantauan yang lebih rapi dan penyelarasan antara agensi.
YAB Timbalan Perdana Menteri telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Bagan Datuk, Perak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
1 Julai 2025 - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Bagan Pasir Laut, Bagan Datuk, Perak petang tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dan Ahli Parlimen Bagan Datuk telah menyampaikan bantuan kebajikan dan kecemasan kepada 23 mangsa yang terjejas dalam kejadian tersebut.
YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri; Pegawai Daerah Bagan Datuk dan pemimpin masyarakat setempat turut menyertai lawatan ini.